MELAKA ???


💓MELAKA💓
                                                  

Negeri Melaka (Jawi: Ù…لاک) atau juga dikenali sebagai Melaka Negeri Bersejarah atau Negeri Hang Tuah) ialah sebuah negeri di Malaysia terletak di barat Semenanjung Malaysia menghadap Selat Melaka di barat bersempadankan Negeri Sembilan di utara dan Johor di tenggara. Ia negeri keempat terkecil di Malaysia, negeri berpendudukan kedua terkecil di Malaysia dan negeri ke-4 terpadat penduduk di Malaysia. Ibu negerinya Bandaraya Melaka.

Negeri ini mempunyai peranan bersejarah melalui kewujudan Kesultanan Melaka yang begitu berpengaruh di rantau Nusantara dan Asia Tenggara sepanjang abad ke-14 dan 15 sehingga ditakluk kuasa Portugis pada 1511. Melaka kini tidak mempunyai seorang Sultan, sebaliknya negeri ini diketuai oleh seorang Tuan Yang Terutama (TYT) Yang Di-Pertua Negeri. Pelbagai adat etnik dan tradisi bercampur dengan sempurna di Melaka. Kehidupan aman rakyat Melaka berpunca daripada kehidupan pelbagai kaum yang telah melahirkan orang-orang Melayu, Cina, India, Baba dan Nyonya, Serani, dan Chitty.

Geografi
Sejarah

Melaka amat dikenali kerana keunikan sejarahnya. Sejarah Melaka bermula apabila Parameswara putera raja dari Palembang telah terlibat dalam peperangan merebut takhta kerajaan Majapahit pada akhir abad ke-14.

Setelah ditumpaskan oleh Majapahit, baginda telah lari mencari perlindungan ke Temasik yang pada ketika itu dikuasai oleh Siam . Setelah diusir dari Temasik oleh penjajah dari Siam, pada tahun 1396, beliau dan pengikut-pengikutnya mengundurkan diri ke Muar dan kemudiannya ke Sungai Ujong sebelum singgah di Bertam iaitu berdekatan dengan muara sungai Melaka.

Setelah tiba di Bertam, baginda telah melihat anjing buruannya ditendang oleh seekor pelanduk putih. Baginda amat kagum dengan keberanian pelanduk putih tersebut dan membuat keputusan untuk membuka negeri di situ.

Baginda telah bertanyakan nama pohon tempat baginda bersandar dan pengikutnya memberitahu bahawa nama pohon tersebut adalah pohon Melaka. Maka baginda telah membuat keputusan untuk menamakan negerinya sempena nama pohon tersebut.

Pilihan Parameswara begitu tepat sekali kerana kedudukan Melaka yang strategik. Lokasinya di tengah-tengah tebing Selat Melaka yang menghubungkan negara China ke India dan Timur telah menjadikannya tempat yang amat sesuai sebagai pusat perdagangan. Kedatangan pedagang-pedagang Arab serta pedagang-pedagang dari Timur dan Barat telah menjadikan Melaka sebagai sebuah pelabuhan entrepot yang sibuk dengan ratusan kapal yang singgah setiap tahun.

⮝⮝⮝⮝⮝⮝⮝
Untuk mengetahui maklumat yang lebih lanjut mengenai daerah Muar, boleh tekan link di atas tau...


ada banyak tempat yang korang boleh pergi dekat Melaka tauuu
korang boleh tengok dekat brochure bawah niiii
⮟⮟⮟⮟⮟⮟⮟




Comments