DUA 2022 PENGURUSAN DALAM ISLAM
E-FOLIO
NAMA DAN NO MATRIKS | NUR ARLINA BINTI AZMI (25DSK17F1009)ANIS NAJWA BTE ABD RAZDI (25DSK17F1031)
ARISSA MAISARA BTE SARIDUN (25DSK17F1015)
NUR ZAHIRAH ZAWANI BTE ZUBRI (25DSK17F1008)
|
KELAS
|
DSK 2
|
PENSYARAH
|
USTAZAH SURIANI BTE RIPIN
|
ISI KANDUNGAN
BIL
|
ISI KANDUNGAN
|
CATATAN
|
1.
|
· Muka surat depan
| |
2.
|
· Pemilihan tajuk
· Bentuk kajian
· Penghargaan
| |
3.
|
· Pengenalan
· Objektif Kajian
· Kesetiaan Kepada Organisasi
| |
4.
|
· Cara-cara menyemai kesetiaan pekerja dalam organisasi
| |
5.
|
· Cabaran-cabaran kesetiaan dalam pekerjaan
· Langkah-langkah mengatasi cabaran
| |
6.
|
· Gambar
| |
7.
|
· Kebaikan dan keburukan mengamalkan amalan kesetiaan pekerja kepada organisasi
· Al-quran dan hadis
| |
8.
|
· Implikasi jika pekerja tidak setia kepada organisasi
| |
9.
|
· Kesimpulan
|
PEMILIHAN TAJUK
· Pada minggu lepas kami telah diberi tugasan E-folio ini oleh pensyarah kami iaitu Puan Suriani binti Ripin. Kami telah memilih tajuk “KESETIAAN PEKERJA KEPADA ORGANISASI”.
BENTUK KAJIAN
Bentuk kajian yang kami gunakan dalam tugasan E-folio ialah berbentuk laporan.
PENGHARGAAN
Bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya dapat kami melaksanakan kerja kursus ini. Pertama sekali kami mengucapkan ribuan teruma kasih kepada Politeknik Mersing Johor kerana memberi peluang kepada kami menghasilkan E-Folio ini dengan menyediakan kemudahan seperti perpustakaan bagi memudahkan kami mendapat rujukan yang berkaitan tajuk tugasan ini.
Kami juga mengucapkan terima kasih kepada Pn.Suriani bt Ripin selaku pensyarah pengurusan dalam islam yang telah banyak memberi tunjuk ajar serta penerangan kepada kami. Selain itu juga kami mengucapkan teriima kasih kepada puan kerana memberi kepercayaan menjalankan tugasan ini dengan jayanya
Tidak dilupakan, ucapan terima diucapkan kepada rakan seperjuangan yang sama-sama bertungkus lumus menyiapkan tugasan ini dan bersama-sama bertukar idea dan pendapat bagi menghasilan E-folio yang berkualiti.
Akhir sekali, harapan kami agar segala tugasan yang kami hasilkan dapat menambahkan ilmu pengetahuan kami dan orang lain dan diharapkan tugasan ini dapat memberi manfaat kepada masyarakat sekililing.
PENGENALAN
Dalam perspektif islam, agama islam sangat menggalakan setiap umat untuk hidup berorganisasi. Organisasi bermaksud sekumpulan manusia yang bekerja bersama-sama untuk mencapai matlamat individu, kumpulan dan organisasi itu sendiri. Dalam erti kata lain organisasi ialah satu unit sosial di mana manusia didalamnya akan sentiasa berhubung dan berkomunikasi dalam melakukan peranan tersendiri.
Kita juga seharusnya mempunyai kesetiaan yang tinggi dalam sesebuah organisasi. Komitmen yang tinggi perlu diterapkan dalam diri pekerja agar sifat kesetiaan dalam organisasi dapat ditingkatkan sebaik mungkin. Kesetiaan juga meliputi rasa cinta dan tanggungjawab untuk berusaha memberikan perkhidmatan dan perilaku yang terbaik kepada sesebuah organisasi.
Sebagai contoh, apabila seseorang bermusafir mereka digalakkan bermusafir secara berjemaah dan melantik seorang ketua. Ini menunjukkan betapa pentingnya hidup dalam berorganisasi. Oleh itu, sangat jelas bahawa kehidupan berorganisasi ini sangat bermanfaat kerana mempunyai ciri-ciri penting dalam membentuk masyarakat yang bertamadun.
OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini dilakukan adalah untuk mengukur tahap kesetiaan seseorang pekerja kepada sesuatu organisasi.
· Selain itu, mengkaji sesuatu perkerjaan yang dilakukan jika seseorang pekerja setia berkhidmat untuk majikannya.
· Bukan itu sahaja, malah mengkaji kesetiaan kepada semua pekerja walaupun telah banyak diberi tekanan semasa melakukan perkerjaaan.
· Memberi penekanan kepada masyarakat untuk mengendalikan sesuatu organisasi.
KESETIAAN KEPADA ORGANISASI
Kesetiaan kepada organisasi merujuk kepada ketaatan seseorang pekerja kepada seoorang pengurus dan seorang pengurus kepada ketuanya. Kesetiaan dapat dipupuk melalui rasa cinta dalam melakukan pekerjaan yang dipertanggungjawabkan. Antara ciri-ciri organisasi yang Berjaya ialah apabila pekerja melahirkan rasa cinta kepada organisasi. Ia sangat penting untuk melahirkan kesetiaan, ketaatan, dan disiplin yang cemerlang.
Rasulullah SAW pernah bersabda yang membawa maksud “kewajipan kamu adalah mendengar dan taat sesuatu perintah sama ada dalam keadaan susah atau senang atau dalam keadaan perkara yang atau kurang disukai atau sesuatu yang tidak mendahulukan kepentingan kamu “. (Hadis Riwayat Muslim). Dalam hadis ini menerangkan bahawa pekerja diwajibkan mentaati perintah ketua walau dalam pelbagai keadaan sekalipun.
Jika pekerja setia kepada organisasi, ia dapat memastikan segala matlalmat yang hendak dicapai oleh organisasi terlaksana selain ia dapat melicinkan perjalanan organisasi. Dalam konteks lain, pengurus sebagai peneraju utama perlu menjadi contoh teladan yang baik dan memastikan perkara seperti ini tidak berlaku. Antaranya:
· Mengambil tindakan yang boleh menimbulkan risiko yang besar kepada organisasinya.
· Membuat keputusan yang merugikan syarikat.
· Membelakangkan kepentingan organisasi demi kepentingan organisasi lain.
· Pekerja dengan dua organisasi yang berbeza dalam satu-satu masa tertentu.
CARA-CARA MENYEMAI KESETIAAN PEKERJA DALAM ORGANISASI
Beberapa langkah positif perlu diambil bagi membina dan menyemai kesetiaan dalam diri pekerja. Antaranya ialah :
v Kesetiaan kepada organisasi mestilah kerana Allah SWT dan Rasulullah SAW.
Diriwayatkan daripada Anas r.a, katanya: Nabi SAW bersabda: Tiga perkara, jika terdapat di dalam diri seseorang maka dengan perkara itulah dia akan memperoleh kemanisan iman: Seseorang yang mencintai Allah dan Rasul-Nya lebih daripada selain kedua-duanya, mencintai seorang hanya kerana Allah, tidak suka kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkannya daripada kekafiran itu, sebagaimana dia juga tidak suka dicampakkan ke dalam neraka. (riwayat Bukhari, Muslim, Tirmizi dan Nasaie).
Sekiranya Allah dan Rasul diletakkan pada tempat paling tinggi, maka pekerja tidak akan melakukan penyelewengan, pecah amanah dan khianat kepada organisasi.
Sebab itu, orang yang meletakkan cinta kepada dunia melebihi cinta kepada Allah dan Rasul akan menerima kehancuran.
v Suasana ukhuwah dan persaudaraan dalam kalangan pekerja.
Sikap lemah-lembut, bertolak ansur dan hormat menghormati adalah elemen penting agar hubungan yang baik dapat diwujudkan.
Justeru, Allah SWT berfirman yang bermaksud: ... Nabi Muhammad (SAW) adalah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaliknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan sesama sendiri (umat Islam)... (Al -Fath: 29)
Majikan dan pekerja juga perlu menjaga tutur kata dan mengawal kemarahan seperti menggunakan perkataan yang sesuai dan sopan.
v Ganjaran terhadap tanggungjawab yang dilakukan.
Ganjaran yang diberikan adalah sebagai hadiah kepada pekerja yang setia dengan organisasi. Ia menjadi faktor kesetiaan seseorang kepada organisasi supaya pekerja berasa dihargai oleh majikan dan menjadi penguat semanga mereka untuk meneruskan pekerjaaan.
CABARAN-CABARAN KESETIAAN DALAM PEKERJAAN
Antara cabaran bagi majikan di semua peringkat dan sektor bagi mengekalkan kesetiaan dalam diri sesorang pekerja, ialah:
v Mengekalkan pekerja untuk terus bekerja dalam sebuah syarikat dalam masa yang panjang.
v Majikan tidak membayar gaji pekerja mengikut kelulusan dan tidak membayar gaji mengikut waktu yang ditetapkan.
v Ekonomi yang merundum membuatkan pekerjaan melakukan dua kerja dalam satu masa.
v Majikan tidak bertimbang rasa untuk bertanggungjawab atas masalah yang dilanda oleh pekerja dan jika seseorang pekerja ingin mengambil cuti atas sebab tertentu, majikan tidak ambil peduli.
v Di Malaysia, hanya perkhidmatan kerajaan yang masih memiliki kakitangan yang akan bekerja sehingga umur persaraan wajib untuk melayakkan mereka menikmati pencen.
LANGKAH – LANGKAH MENGATASI CABARAN
v Majikan perlu menghargai perkerja dengan memberi saguhati atau wang bonus untuk pekerja yang rajin berkerja untuk menaikkan semangat mereka untuk berkerja.
v Majikan perlu pandai merancang masa untuk membayar gaji pekerja dengan waktu yang tepat dan betul.
v Menaikkan gaji pekerja berpandukan kelulusan yang diperoleh.
v Majikan perlu memunyai sifat perkemanusain terhadap pekerja mereka terutama dalam permohona cuti sakit ataupun cuti kecemasan.
v Pihak swasta mahupun kerjaan haruslah memberikan wang pencen kepada pekerja yang sudah berkhidmat lama dengan jika mereka sudah tua.
CONTOH LAMPIRAN KERATAN AKHBAR
CONTOH LAMPIRAN KERATAN AKHBAR
Keratan akhabr ini menunjukkan percutian para pekerja yang ditaja oleh majikannya. Majikan ini telah menunjukkan ciri-ciri sesorang majikan yang berhati mulia seperti menghargai tenaga kerja pekerjanya sendiri.
Keratan akhbar ini menunjukkan majikannya tidak bertanggungjawab atas pekerjanya dalam menguruskan gaji pekerjanya. Ini telah menunujukkan ciri-ciri majikan tidak ambil peduli atas pekerjanya dalam menguruskan sesebuah organisasi.
KEBAIKAN DAN KEBURUKAN MENGAMALKAN AMALAN KESETIAAN PEKERJA KEPADA ORGANISASI
KEBAIKAN
|
KEBURUKAN
|
v Pekerjaan yang dilakukan dapat dilaksanakan dengan kemas dan teratur.
v Perkerjaan yang kita lakukan dengan hati yang ikhlas dan tidak terpaksa
v Mendapat keredhaan Allah S.W.T
v Akan disenangi dengan majikan.
v Tidak melakukan pertukaran kerja yang banyak
|
v Sesuatu prkerjaan tidak dapat dikendalikan dengan kemas dan teratur.
v Perkerjaan yang kita lakukan dibuat secara paksa.
v Tidak mendapat keredhaan oleh Allah S.W.T
v Tidak disenangi oleh majikan.
v Perkerjaan yang bertukar-tukar menyebabkan pekerja tak dapat gaji yang tetap.
|
AL-QURAN DAN HADIS
IMPLIKASI JIKA PEKERJA TIDAK SETIA KEPADA ORGANISASI
Jika pekerja tidak setia dengan sesuatu organisasi ia menyebabkan berlaku masalah seperti pekerja berhenti kerja. Seperti yang kita tahu, Negara kita juga mengalami masalah pengangguran yang serius. Jika kita lihat dari konteks lain, jika masalah pekerja berhenti kerja meningkat, ia menyebabkan penambahan kepada pengangguran di Malaysia. Hal ini disebabkan oleh, pekerjaan di Malaysia adalah terhad. Di sini dilampirkan keratan akhbar dan statistik pengangguran di Malaysia.
KESIMPULAN
Sumber manusia merupakan aset terpenting dalam sesebuah organisasi. Dalam era globaisasi, persoalan daya saing dan daya tahan sesebuah organisasi menjadi focus masa kini. Sesungguhnya, pengurusan sumber manusia berupaya memastikan kelestarian sesebuah organisasi itu. Namun kepincangan pengurusan sumber manusia telah membangkitkan pelbagai isu. Isu-isu sedia ada dalam pengurusan sumber manusia dalam pendidikan, teknologi ICT dalam pendidikan, jaminan kualiti pendidikan, proses perekrutan dan pemilihan staf, latihan dan pembangunan staf, serta pembangunan kerjaya staf. Beberapa tahun kebelakangan menyaksikan pelbagai isu pengurusan sumber manusia dalam pendidikan menerima liputan meluas media massa, seperti isu ketidakseimbangan gender dalam pasaran pekerjaan, pelarasan gaji, etika dan integriti, stres dan burn out serta isu kepimpinan. Dalam industri pendidikan, isu-isu berbangkit ini perlu ditangani secara sistematik dengan penggemblengan usaha pihak-pihak yang berkepentigan (stakeholders).
RUJUKAN
RUJUKAN
- http://www.utusan.com.my/bisnes/ekonomi/cabaran-mengekalkan-pekerja-setia-1.87486
- mobile/global/bos-belanja-pekerja-rm2-02j-untuk bercuti
- https://m.facebook.com/notes/al-yaminn/taatilah-para-pemimpin-menurut-al-quran-hadis/452119271545826/
- http://www.sinarharian.com.my/mobile/edisi/pahang/majikan/gagal-bayar-tunggakan-gaji-1.641849
Comments
Post a Comment