DUA 2022
PENGURUSAN DALAM ISLAM
E-FOLIO
NAMA PENSYARAH
PUAN SURAINI BINTI RIPIN
NAMA PELAJAR
KHAIRUNNISA BINTI RUSLAN
(25DSK17F1026)
(25DSK17F1026)
QATRUNNADA BINTI AHMAD HUDHAIRI
(25DSK17F1027)
SYAZWINA BINTI RAMLI
(25DSK17F1028)
NUR HIDAYAH BINTI ABDUL RAZAK
(25DSK17F1029)
PENGHARGAAN
ASSALAMUALAIKUM W.B.T.
Titipan penghargaan terhadap Allah tuhan sekalian alam atas rahmat yang sudi dicurahkan kepada hambanya yang kerdil ini Berserah kepadanya atas segala takdir yang dikehendakkan kepada isi alam seluruhny. Selawat dan salam kepada junjungan besar nabi Muhammad S.A.W. dan para sahabat serta para tablin.
Pertama-tamanya saya tuntunkan ucapan Alhamdulillah kepada Allah atas nikmat-nikmat yang diberikan kepada kami tanpa henti. Tanpa keredhaannya tidak mungkin mampu kami menyiapkan tugasan ini walau sedikit pun.
Penghargaan ini juga kami tujukan kepada kedua ibu bapa kami kerana mereka sentiasa menitipkan doa-doa untuk keberkatan kami di sini. Mereka juga banyak menyokong saya dari segenap segi rohani dan kewangan untuk menghasilkan tugasan bermutu ini.
Tidak lupa juga kepada pensyarah kesayangan kami, PUAN SURAINI BINTI RIPIN kerana dengan izin Allah, beliau sudi menunjuk ajar kami waima mengganggu masa rehatnya. Beliau juga sering mengingatkan kami sekiranya kami alpa dan menegur kami dengan berhemah. Moga jasa baiknya akan diganjari dengan kurniaan daripada Allah yang tidak ternilai harganya.
Sebelum menutup bicara, kami ingin menyampaikan sekalung terima kasih kepada sesiapa sahaja yang terlibat dalam pembikinan e-folio ini secara sulit ataupun tidak. Kesudian anda amat kami hargai.
BENTUK KAJIAN
Bentuk kajian yang telah kami gunakan dalam tugasan E-folio ialah berbentuk bahan rujukan.
PEMILIHAN TAJUK
Pemilihan tajuk telah dibuat pada minggu pertama. Kami diberi tajuk " PEMILIKAN HARTA DALAM ISLAM" oleh pensyarah Pengurusan Dalam Islam iaitu Ustazah Suraini Binti Ripin. Kami akan menerangkan dengan lebih lanjut tentang tajuk yang telah kami kaji.
DEFINISI
PEMILIKAN
·
Al-Milkiyah berasal daripada Al-Milk.
·
Dari segi bahasa :
Memiliki sesuatu dan mampu
bertindak ke atasnya sebebasnya.
·
Dari segi istilah :
Sesuatu pengkhususan yang
ditetapkan oleh syarak yang menghalang orang lain, dan membenarkan pemilik
khusus itu bertindak terhadap hak miliknya sebebasnya, kecuali jika ada
penghalang.
· Seseorang yang telah menguasai sesuatu harta dan
dapat memanfaatkan harta tersebut mengikut hukum syarak.
KESAN PEMILIKAN
·
Boleh memanfaatkan
·
Boleh menjual atau membelanja
·
Tiada halangan dari syarak
·
Memiliki kebebasan untuk bertindak ke atas harta
· Menguji sejauh mana manusia amanah terhadap apa
yang dimiliki.
PENGIKTIRAFAN ISLAM KE ATAS
HAK MILIK
Apakah semua harta oleh dimiliki
oleh sesiapa sahaja ?
·
Pada asasnya semua harta boleh dimiliki
· Walaubagaimanapun jika ada halangan, maka harta itu
tidak boleh menjadi hak individu iaitu harta yang tertakluk kepada kepentingan
orang ramai, kecuali jika sifatnya telah luput. Contohnya jalan raya, sungai,
laut, sekolah, hospital dan lain-lain.
CIRI-CIRI HAK MILIK
· Pemilikan adalah pengkhususan atau hubungan
istimewa antara manusia dengan apa yang dimilikinya.
· Asas pengkhususan ini ialah kebenaran memanfaatkan
dan melakukan tindakan-tindakan tertentu terhadap harta yang dilmilikinya.
· Pemanfaatan itu mungkin terhalang jika ada sebab
tertentu seperti gila atau belum cukup umur.
·Semua
perkara tersebut telah dinyatakan oleh syarak dengan jelas.
PEMBAHAGIAN PEMILIKAN
Pemilikan sempurna (Al Milk Tam)
·
Al Milk Tam ialah keadaan apabila seseorang memiliki harta dan sekaligus
memanfaatkan harta tersebut.
Pemilikan tidak sempurna (Al Milk Naqis)
·
Harta yang dimilki oleh seseorang sedangkan dia tidak memiliki manfaata
harta tersebut atau dia tidak memiliki harta tersebut tetapi memiliki
manfaatnya sahaja.
KEISTIMEWAAN PEMILIKAN SEMPURNA
·
Hak pemilikan harta tersebut tidak terhad untuk
masa tertentu. Ia tidak terikat dengan masa dan tempat. Ia kekal selagi masih
wujud dan akan terhapus jika benda itu sudah terhapus, berpindah milik atau
tuan punya meninggal.
· Pemilik harta mempunyai hak menggunakan, mengambil
kesempatan dan peluang serta membuat kira bicara terhadap harta miliknya.
Contohnya ingin menjual, sewa dan beri pada orang.
· Pemilik harta tidak dikenakan sebarang ganti rugi
jika harta tersebut dirosakkannya.
SEBAB-SEBAB PEMILIKAN SEMPURNA
·
Penguasaan ke atas harta yang harus:
o Tanah
belum teroka.
o Bahan
galian.
o Bintang
buruan yang hidup meliar.
o Kawasan
rumput liar.
·
Akad (kontrak) pindah milik.
·
Pewarisan dan wasiat.
·
Hak rakan kongsi (syufa’ah)
·
Pengagihan zakat, pemberian sukarela, sedekah, wakaf.
·
Hasil dari pengembangan harta yang dimilki.
CIRI-CIRI PEMILIKAN TIDAK SEMPURNA
·
Bersifat sementara, tidak kekal serta terikat
kepada tempoh.
·
Ia tidak boleh diwarisi.
·
Ia terikat dengan masa, tempat dan keadaan.
·
Harta itu mesti diserahkan kepada pemilik manfaat.
· Segala perbelanjaan berkaitan harta yang
dimanfaatkan hendaklah ditanggung oleh pemilik manfaat.
· Hendaklah dikembalikan kepada pemilik harta jika
telah tamat tempoh.
KAEDAH PEMILIKAN HARTA TIDAK
SEMPURNA
· Pinjaman
· Sewaan
·
Keizinan (Ibahah)
·
Wasiat yang bersyarat
·
Waqaf yang bersyarat
PEMILIKAN TIDAK SEMPURNA
·
Ia terbahagikepada 3 iaitu:
o Pemilikan
harta sahaja (al-milk ain)
o Pemilikan
manfaat sahaja (al-milk manfaat)
o Hak
memanfaatkan harta benda (hak irtifa’ al-ain)
·
AL-MILK AIN
o Iaitu
apabila seseorang itu memiliki harta tetapi tidak memanfaatkannya.
o Lazimnya
pemilik harta adalah bersifat kekal manakala pemilikan manfaat adalah bersifat
sementara.
PEMILIKAN MANFAAT
·
Hak menggunakan manfaat secara peribadi iaitu
apabila harta yang ditetapkan penggunaan manfaatnya untuk seseorang.
·SEBAB-SEBAB
PEMILIKAN MANFAAT
·
Sewaan
·
Pinjaman
·
Wakaf dan Wasiat
· Jika orang yang mendapat manfaat meninggal
· Jika orang memiliki harta meninggal
· Masa menggunakan manfaat tersebut telah habis
· Jika harta itu rosak atau musnah
HAQ IRTIFA’ AL-AIN
· Hak yang berhubung dengan penggunaan
kemudahan-kemudahan seperti hak penyiraman tanaman, tali air, pengaliran
lintas, mempertinggikan bangunan dan sebagainya.
·
Beberapa perkara berkaitan dengan hak irtifa’
ialah:
o Hak
penggunaan air minum
o Hak
mengalirkan air
o Hak
saluran air
o Hak lalu
lintas
o Hak
kejiranan
CIRI-CIRI HAQ IRTIFA’ AL-AIN
·
Ia tidak mempunyai batas waktu, tidak lupus kecuali
demi kepentingan umum.
·
Boleh dipindahkan miik daripada seorang kepada
orang lain.
·
Boleh dipusakai.
·
Berlaku hanya ke atas harta tak alih.
· Tidak
terbatal walaupun dibuat oleh tuan punya harta.
·
Hal ini tidak menghalang tuan punya harta menikmati
faedah daripada harta miliknya.
SEBAB-SEBAB HAQ IRTIFA’ AL-AIN
·
Dua pihak yang berjiran boleh menetapkan hak
irtifa’ ke atas salah satu pihak yang lain.
·
Hak irtifa’ berlaku ke atas harta awam seperti
sungai dan jalan raya.
·
Hak irtifa’ wujud dengan sebab penerokaan tanah
ihyat Al-Mawat.
o Contohnya
X telah membuka tanah dan membuat saluran melalui Y, Y ketika itu belum teroka
tanah, kemudian bila Y teroka tanah, maka hak pengaliran air terus kekal.
·
Haq irtifa’ wujud sebab orang yang menerima haq
telah menikmati faedah daripada harta tak alih beberapa lama tanpa diketahui
mengapa hak itu wujud.
·
Hak milik ini berlaku pada harta milik khusus atau
milik bersama dia antara beberapa pihak dengan sebab hak tersebut telah disyaratkan
dalam kontrak jual beli.
KESIMPULAN
Harta adalah ujian Allah. Ia merupakan perantaraan dalam kehidupan dan bukanlah segala-galanya atau menjadi matlamat utama dalam kehidupan manusia. Walaubagaimanapun tanpa harta, manusia akan mendapat susah. Tanpa berteraskan rahmah dan keihsanan di dalam mengurus harta, ia boleh membawa kepada perpacahan dan pergaduha, terutama di kalangan ahli keluarga dalam masalah harta warisan. Maka sebagai orang Islam, kita berkewajipan menerima ketentuan Allah dalam harta peninggalan, termasuk wasiat dan faraidh. Adalah perlu ditekankan bahawa harta bukanlah milik kita selamanya. Pemilik harta yang hakiki hanyalah Allah s.w.t. dan ia harusdi tadbir menurut ketentuanNya.
VIDEO
https://www.youtube.com/watch?v=Cg1-jQ7ZvPo
RUJUKAN
Buku Rujukan Urus Harta Urus Iman
KESIMPULAN
Harta adalah ujian Allah. Ia merupakan perantaraan dalam kehidupan dan bukanlah segala-galanya atau menjadi matlamat utama dalam kehidupan manusia. Walaubagaimanapun tanpa harta, manusia akan mendapat susah. Tanpa berteraskan rahmah dan keihsanan di dalam mengurus harta, ia boleh membawa kepada perpacahan dan pergaduha, terutama di kalangan ahli keluarga dalam masalah harta warisan. Maka sebagai orang Islam, kita berkewajipan menerima ketentuan Allah dalam harta peninggalan, termasuk wasiat dan faraidh. Adalah perlu ditekankan bahawa harta bukanlah milik kita selamanya. Pemilik harta yang hakiki hanyalah Allah s.w.t. dan ia harusdi tadbir menurut ketentuanNya.
VIDEO
https://www.youtube.com/watch?v=Cg1-jQ7ZvPo
RUJUKAN
Buku Rujukan Urus Harta Urus Iman
https://ms.m.wikipedia.org>wiki>sistemekonomiislam
Comments
Post a Comment