![](file:///C:\Users\USER\AppData\Local\Temp\ksohtml\wps968F.tmp.jpg)
PENURUNAN AUTORITI DAN KUASA YANG WAJAR DALAM PENGURUSAN TUGAS
NAMA PENSYARAH: PUAN SURAINI BINTI RIPIN
NO.
|
NAMA
|
NO. MATRIK
|
1.
|
SHAZLIN SYAZWINA BINTI MOHD ISHAK
|
25DSK17F1042
|
2.
|
NURAIN NABILA BINTI RUNAIRI
|
25DSK17F1040
|
3.
|
IFFAH KHAIRIYAH BINTI KARIM
|
25DSK17F1017
|
4.
|
NURUL NASUHA BINTI MOHD NASIR
|
25DSK17F1022
|
PENGHARGAAN
Bismillahirahmanirahim,
Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh. Bersyukur ke hadrat Illahi, kerana kumpulan kami berjaya meluangkan masa untuk menyiapkan Projek E- Folio untuk subjek PENGURUSAN DALAM ISLAM dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Sekalung ucapan dan jutaan terima kasih kumpulan kami ucapkan kepada Pensyarah Subjek, Puan Suraini Binti Ripin kerana terlalu banyak memberi nasihat, dorongan, pandangan serta membantu kami melaksanakan projek E-Folio ini.
Selain itu, tidak lupa juga kepada rakan–rakan seperjuangan yang sentiasa memberi sokongan dan nasihat untuk kami, serta sesiapa sahaja yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dengan jayanya membantu kami menyiapkan E-Folio ini. Hanya Allah S.W.T dapat membalas jasa kalian. Moga dengan siapnya E-Folio ini, ianya dapat memberi pengetahuan dan sedikit nota tambahan mengenai Penurunan autoriti dan kuasa yang wajar dalam pengurusan tugas dari pelbagai sudut dan faktor serta kesan kepada pekerja dan sesebuah organisasi. Moga hasil kerja kumpulan kami ini mendatangkan manfaat dan inspirasi untuk semua pembaca E-folio ini.
Sekian, Terima Kasih.
OBJEKTIF KAJIAN
1. Kajian ini dilakukan secara amnya ialah dengan mengenal pasti sumber-sumber maklumat untuk kajian ini. Ia akan dapat membantu saya membuat satu kajian ilmiah dengan cara-cara yang betul, jelas dan tepat. Menguasai kemahiran mencari, mengumpul, merekod dan menganalisis maklumat tentang tajuk yang telah diberikan.
2. Kajian ini dapat menambah lebih pengetahuan saya tentang penurunan autoriti dan kuasa dalam pengurusan tugas. Ini akan dapat memberikan saya pendedahan untuk mengenali dan membezakan pengurusan kuasa di Malaysia dan juga di negara barat.
3. Kajian ini juga dapat menjadikan satu langkah yang baru dalam pengurusan tugas dalam sesebuah organisasi. Selain itu, ia dalam menunjukkan tanggungjawab pengurus di sesebuah organisasi untuk adil dalam pemberian tugas-tugas terhadap pekerja nya supaya setiap kerja yang dilakukan dapat disiapkan pada waktu yang telah ditetapkan.
Pendahuluan
i. Kerjasama yang rapat antara pengurus dan pekerja dalam melaksanakan tugas.
Pengurus tidak mampu melakukan atau menyelesaikan setiap kerja di sesebuah organisasi dalam bidang kuasanya. Selain itu, pekerja tidak dapat melakukan kerja mereka dengan bagus tanpa tunjuk ajar atau sokongan yang mereka perlukan dari pengurus.
Oleh itu, proses pengorganisasian yang baik amat diperlukan antara pengurus dan pekerja dan untuk memastikan semua pihak jelas dengan bidang tugas masing-masing.
ii. Pembahagian dan penurunan kuasa dan tanggungjawab ketua kepada orang bawahan adalah suatu perkara yang lumrah.
Pengurus mestilah mengetahui bagaimana proses delegasi berlaku dan perlu memastikan ianya berkesan. Pengurus juga perlu mengetahui selain organisasi, proses seperti ini dapat atau mampu memotivasikan pekerja mereka.
Hal seperti ini, amat penting kerana tanpa delegasi yang berkesan pekerja sukar melaksanakan tugas mereka dan organisasi tidak dapat mencapai objektif yang ditetapkan.
Maksud Autoriti
Dari segi bahasa : Pihak Berkuasa ( Orang yang berpangkat )
Dari segi Istilah : Kuasa untuk mempengaruhi pendapat, pandangan atau tingkah laku.
Bentuk-bentuk autoriti
1 ) Autoriti Lini ( Kuasa Pengurus )
Autoriti lini adalah autoriti yang di pegang oleh pengurus- pengurus lini seperti presiden, pengurus pemasaran, dan pengurus pengeluaran. Mereka merupakan pegawai-pegawai yang menjalankan tugas tugas asas organisasi seperti pengeluaran dan jualan. Mereka boleh memberikan arahan yang secara langsung turun melalui rantaian perintah.
2 ) Autoriti Staf ( Kuasa Staf )
Kuasa staf dipegang oleh pengurus-pengurus staf. Pengurus-pengurus staf hanya mempunyai kuasa staf iaitu memberi khidmat nasihat dan pandangan sahaja. Mereka tidak menjalankan aktiviti-aktiviti asas perniagaan. Pengurus- pengurus staf tidak berhak menurunkan kuasanya melangkaui batas jabatannya. Sebagai contoh, pengurus sumber manusia hanya berhak memberi pandangan kepada pengurus pengeluaran mengenai ciri-ciri pekerja yang baik tetapi tidak boleh menentukan siapa yang harus diambil bekerja. Sebaliknya, pengurus pengeluaran (lini) boleh mengarahkan jabatan sumber manusia melantik individu yang difikirkan sesuai untuk bekerja di jabatannya.
Walau bagaimanapun, pengurus staf masih mempunyai aktiviti fungsian dimana dia boleh menurunkan kuasa kepada orang bawahannya selagi masih di dalam jabatan yang sama.
Sumber Autoriti
Autoriti dan kuasa yang ada pada seseorang ketua atau pengurus adalah berdasarkan beberapa sumber :
1 ) Kuasa sah ( legitimate power )
Kuasa atau autoriti ini diperolehi atas sebab kedudukan seseorang itu didalam organisasi.
2 ) Kuasa imbuhan ( reward power )
Kuasa imbuhan ini lahir kerana kerana seseorang pengurus itu mempunyai kuasa atau hak untuk memberi imbuhan atau balasan kepada subordinatnya. Imbuhan ini bukan hanya dalam bentuk wang seperti gaji dan bonus, tetapi juga dalam bentuk-bentuk yang lain seperti kenaikan pangkat, penilaian prestasi yang baik dan lain-lain lagi.
3 ) Kuasa paksaan
Kuasa ini wujud kerana kemampuan atau kebolehan seseorang pemimpin atau ketua itu menghukum dan mengawal orang bawahanya.
4 ) Kuasa rujukan
Biasanya ketua mempunyai ciri ciri yang baik, perhatian para pengikutnya. Ciri ciri seperti kepakaran dan pengalaman yang luas dalam sesuatu bidang menjadikan seseorang ketua itu berbeza berbanding orang lain. Selain daripada itu, kebanyakkan pemimpin juga mempunyai tarikan dan kebolehan yang tinggi dalam kepimpinan atau lebih dikenali sebagai karisma.
Kuasa dan Autoriti Menurut Islam
1. Menurut perspektif Islam, manusia mempunyai hak dan taraf yang sama disisi Allah.
Islam tidak membezakan antara sesama manusia melainkan dari sudut ketaqwaannya sahaja. Berdasarkan konsep persamaan ini, kuasa di tangan manusia juga bukanlah suatu yang bersifat mutlak dan boleh digunakan mengikut kehendak peribadi individu. Kuasa mutlak yang wujud hanyalah milik Allah semata-mata.
2. Autoriti atau kuasa menurut pandangan Islam
Autoriti atau kuasa menurut pandangan Islam adalah suatu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dengan baik dan teratur.
Autoriti bukanlah suatu kebanggaan dan tidak sepatutnya menjadi rebutan manusia. Sebaliknya, autoriti adalah amanah dan bebanan yang akan dipersoalkan di hari akhirat.
Pemusatan Dan Pemencaran Autoriti
v Pemusatan autoriti
- Pemusatan autoriti merujuk kepada tumpuan autoriti di peringkat atasan organisasi.
- Hal ini bermakna keputusan dibuat oleh pihak pengurusan atasan.
- Amalan ini juga dikenali sebagai pendekatan dari atas ke bawah.
v Pemencaran Autoriti
- Pemencaran autoriti merujuk kepada proses membuat keputusan yang diagihkan ke semua peringkat organisasi.
- Pengurus di setiap peringkat organisasi diberi kuasa untuk membuat keputusan.
Konsep Penurunan Kuasa (Delegation)
1. Ketaatan daripada subordinat
Ketaatan daripada subordinat juga amat diperlukan oleh seseorang pemimpin atau ketua.
Secara tidak langsung, Islam memberi jalan yang selesa kepada pemimpin dengan menyeru orang bawahan agar patuh kepada arahan pemimpin mereka.
Dengan cara ini, sesuatu tugas atau pekerjaan yang mereka lakukan akan menyebabkan tugas tersebut dapat disiapkan pada masa yang telah ditetapkan.
Pengurus tidak akan terbeban dengan masalah sikap pekerja mereka yang melakukan atau menyiapkan kerja pada minit-minit terakhir. sekiranya pengurusnya bijak untuk melaksanakan tanggungjawab beliau dengan baik.
2. Objektif organisasi
Objektif organisasi adalah objektif kolektif yang perlu dilaksanakan secara bersama dan bukan objektif individu tersebut.
Hal ini kerana pengurus secara sendirian tidak akan mampu melaksanakan semua tugas dalam organisasi. Oleh sebab itu, mereka memerlukan kerjasama yang baik dalam melakukan sesuatu kerja.
Di pengakhir kerja mereka, mereka dapat membuat kerja yang cantik, kemas, tersusun dan secara tidak langsung dapat mengurangkan kerja atau bebanan pengurusan dalam membuat kerja secara sendirian.
3. Penurunan kuasa
Penurunan kuasa bermaksud proses menyerahkan autoriti kepada seseorang atau kumpulan untuk membuat keputusan dan bertindak dlam situasi tertentu.
Dengan menyerahkan tugas kepada orang bawahan maka pengurus dapat menumpukan kepada perkara-perkara lain yang lebih penting. Penyerahan tugas pula tidak akan sempurna tanpa penyerahan autoriti untuk melaksanakan tugas mereka.
Kelebihan-kelebihan Penurunan Kuasa
Antara kelebihan-kelebihan melaksanakan penurunan kuasa ini adalah seperti berikut:
1. Penurunan kuasa dapat membantu organisasi agar lebih efisien.
- Pengurus dapat menjimatkan masa yang banyak tanpa terlibat secara langsung dengan perkara kecil dan operasi kecil dan harian
- Pengurus juga dapat memberi fokus kepada perkara yang lebih penting seperti pengurusan, proses dan aktiviti organisasi seperti perancangan, perorganisasian dan pengawalan.
- Contoh, Pengarah Restoran memberikan arahan untuk pekerjanya menjaga keadaan premis sekiranya Pengarah tiada.
2. Keputusan dapat dibuat dengan cepat
- Pengesahan atau sebarang perkara tidak memerlukan rujukan daripada pengurusan atasan sekiranya mempunyai pengurus yang sudah dilantik pengurus atasan untuk mengendalikan sesuatu kerja.
- Hal ini dapat meningkatkan kualiti kerja kerana pekerja yang pakar mengenai sesuatu tugas diberikan kuasa untuk membuat keputusan berkenaan bidang kerjanya.
- Pekerja akan rasa lebih dihargai kerana ia rasa majikan mempercayai kerja dan sesuatu yang ia lakukan.
3. Memberi latihan kepada orang bawahan
- Memberikan latihan orang bawahan untuk mentadbir dan mengurus organisasi supaya dapat melahirkan pekerja yang serba serbi tahu tentang kerjayanya.
- Dengan ini juga, ia akan dapat melahirkan pemimpin-pemimpin yang berkemahiran pada masa depan.
Dengan adanya pelbagai kelebihan ini, pengurus dapaat melaksanakan proses ini dengan baik agar pengurusan syarikat dapat berjalan dengan lancar dan berkesan.
Langkah-langkah Penurunan Kuasa Yang Efektif
Konsep penurunan kuasa memerlukan hubungan dua hala yang baik di antara ketua dan orang bawahannya.
1. Mengenalpasti tugas yang akan diserahkan kepada orang bawahan.
- Pengurus perlulah tahu mengetahui tugas yang boleh diserahkan kepada pekerjanya.
-Tugas-tugas yang strategik dan penting seperti mengadakan hubungan strategik dengan syarikat lain hendaklah dilaksanakan oleh penngurus itu sendiri.
2. Menentukan tujuan dan piawaian.
- Sesuatu tugasan yang bakal dilakukan atau dilaksanakan perlulah mempunyai tujuan, dan perkara-perkara yang penting.
- Tujuan dan piawaian ini untuk memudahkan tugasan untuk diselesaikan.
3. Memastikan pekerja jelas dan faham mengenai tugas yang diamanahkan.
Pekerja yang menerima tanggungjawab perlulah jelas dan faham mengenai tugas yang perlu dilaksanakan.
4. Menggalakan penyertaan.
- Pekerja harus melibatkan diri dalam proses membuat keputuasan dan memahami kerjayanya.
- Pengurus juga perlu memberi galakan kepada pekerja untuk memberi lebih perhatian kepada sesuatu kerjanya untuk menguasainya.
- Proses ini secara tidak langsung memberikan dan meningkatkan motivasi mereka untuk melaksanakan tugasan.
5. Anggapan tugasan akan diselesaikan.
- Sekiranya pengurus telah memberikan sesuatu tugasan, pekerja tersebut perlulah menyiapkan tugasannya dalam masa yang ditentukan untuk menggelak perkara yang tidak diingini berlaku.
- Pengurus juga perlu memberi tunjuk ajar, bantuan dan informasi kepada pekerja.
- Pengurus perlu berhati hati dengan backward delegation iaitu situasi di mana pengurus terpaksa menyelesaikan ekoran pekerja bawahannya tidak memberi kerjasama untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan.
6. Memberikan maklumbalas berkala
- Pengurus hendaklah beri sentiasa memberikan maklumbalas kepada setiap kerja yang orang bawahannya lakukan supaya mereka dapat membuat perbandingan dan meningkatkan prestasi kerja mereka.
- Tindakan pembetulan juga dapat dilakukan dengan cepat sekiranya terdapat sebarang kekurangan.
7. Pekerja harus mempunyai tanggungjawab terhadap keputusan atau hasil.
- Pekerja harus bertanggungjawab terhadap tugasan yang diberikan kepadanya, samada kesalahan atau sebarang kecelaruan yang berlaku.
- Sekiranya pekerja tidak bertanggungjawab terhadap tugasannya, pihak atasan berhak menjatuhkan hukuman kepada yang bersalah.
8. Pengurus tetap bertanggungjawab terhadap tindakan yanf dilakukan oleh orang bawahannya.
Autoriti yang wujud adalah milik pengurus sebelum ianya diturunkan kepada orang bawahanny. Oleh itu, pengurus masih lagi bertanggungjawab ke atas hasil atau pun keputusan daripada tugas yang dilaksanakan oleh pekerjanya.
KESIMPULAN
Organisasi merupakan badan yang bergerak dengan wujudnya hubungan antasa individu-individu di dalamnya. Objektif yang ditentukan bagi sesebuah organisasi itu akan lebih mudah dicapai dengan adanya kerjasaman dua hala antara pengurus dan subordinat.
Pengurus secara bersendirian tidak mampu melaksanakan tugasan dengan berkesan tanpa sokonfan dan bantuan daripada rakan dan orang bawahannya. Oleh yang demikian, konsep penurunan kuasa ini merupakan konsep yang wajar dilaksanakan ileh setipa pengurus atau pemimpin. Selain daripada melancarkan pelaksanaan kerja, konsep ini juga dapat meningkatkan motivasi para pekerja.
Walau bagaimanapun, pengurus harus tahu bagaimana proses menurukan autoriti dengan lebih teratur dan berkesan. Antara langkah yang perlu diambil adalah menentukan objektif dan piawai, memastikan kefahaman pekerja, latihan yang mencukupi, maklum berterusan dan lain-lain lagi.
Dengan kefahaman yang mendalam mengenai proses penurunan kerja ini, adalah diharapkan urusan pembahagian autoriti dan tanggungjawab kepada pekerja dapat berjalan dengan teratur dan lancar. Sehubungan dengan itu juga, ketidakpuashatian di kalangan pekerja juga dapat dikurangkan.
Konklusinya, Penurunan autoriti dan kuasa yang wajar dalam Pengurusan Tugas ini bagus untuk sistem, organisasi syarikat untuk melahirkan pekerja yang berkemahiran, mempunyai nilai yang tinggi dan mempunyai ilmu pengetahuan yang luas tentang kerjaya yang diceburi.
Rujukan
Buku
l Pengurusan Dalam Islam, Asmahan Mokhtar dan Nurshahiza Mohamad Isa, 2005
l Islam and Management, Naccur Jabnoun, 1994
l Management, Principles and Practices for Tomorrow Leaders, Dessler Gary, 2004
Internet
l https://www.powtoon.com/online-presentation/e7ieoZCcuGu/prinsip-penurunan-autoriti-dan-tugas/?mode=movie, 10. 2. 2018
Comments
Post a Comment