PENGURUSAN DALAM
ISLAM
DUA 2022
E-FOLIO
PERBEZAAN
KONSEP PENGURUSAN ISLAM DAN PENGURUSAN BARAT
NAMA
PENSYARAH
USTAZAH SURAINI BINTI
RIPIN
NAMA PELAJAR
SITI MARYAM BINTI MOHAMMAD FALZERI
SALIMAH BINTI SAIDIN
NURANISA BINTI AIDEE ZARIN
NURHAZIRAH IZZATI BINTI ISMAIL
KAD MATRIK
25DSK17F1032
25DSK17F1030
25DSK17F1024
25DSK17F1025
PENGHARGAAN
Dengan Nama
Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Alhamdulillah, syukur ke hadrat
Ilahi yang telah mengurniakan rahmat-Nya sehingga dapat kami menyempurnakan
segala tugasan yang telah diberikan kepada kami dengan jayanya. Terlebih dahulu
kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang
tidak terhingga kepada Ustazah Suraini binti Ripin yang telah memberikan
bimbingan, teguran dan nasihat sepanjang kami menyempurnakan tugasan ini.
PENDAHULUAN
Pengurusan menurut
takrif popular dan ringkas yang diberikan oleh Mary Parker Follet adalah
disifatkan sebagai seni melakukan perkara tertentu untuk tujuan tertentu
melalui orang-orang lain. Walau bagaimanapun, menurut definisi Anderson yang
lebih lengkap, ada tiga takrif yang boleh difahami daripada istilah pengurusan
iaitu pengurusan bermaksud pengurus atau pekerja sesebuah organisasi yang
bertanggungjawab untuk mengatur atau merancang urusan organisasi dalam
lingkungan polisi dan kehendak organisasi atau institusi perniagaan pekerja
tersebut. Beliau juga mengistilahkannya sebagai pengurusan sesebuah syarikat
berhad dianggotai oleh lembaga pengarah. Ahli lembaga pula dianggotai oleh ahli
yang mempunyai jawatan eksekutif dalam syarikat tersebut serta ahli bukan
eksekutif Pengurusan
barat lahir kerana wujudnya falsafah ekonomi rasional yang mana ia bergantung
kepada kemampuan akal semata-mata. Ia menjurus kearah memaksimumkan
produktiviti, kualiti dan keuntungan. Bagi menjelaskannya lebih lanjut, berikut
terdapat beberapa definisi yang dapat dihuraikan oleh sarjana-sarjana Barat.
PEMILIHAN
TAJUK
Kumpulan kami telah memilih tajuk
Perbezaan Konsep Pengurusan Islam dan Pengurusan Barat. Hal ini kerana, kami
ingin mempelajari tentang kedua-dua buah Pengurusan Islam dan Barat untuk
membezakan konsep pengurusan yang lebih sistematik dan dapat disesuaikan
mengikut perubahan tempat melalui cara pengendalian sesebuah organisasi. Kami
ingin menunjukkan tentang amalan atau proses kerja pengurusan dalam Islam dan
Barat seperti perancangan, penyusunan, pengarahan dan pengawalan yang berkesan
ketika mengendalikan sesuatu organisasi. Proses ini merupakan proses yang berterusan
supaya sesuatu organisasi itu sentiasa sistematik daripada awal penubuhannya
sehingga melantik ahli organisasi dan pembubaran organisasi tersebut.
Pengurusan ini mestilah mempunyai tujuan, fungsi dan matlamat tertentu. Seorang
pengurus seharusnya berupaya untuk mengadakan tugasan atau melakukan kerja yang
menyumbang kepada pencapaian objektif tertentu sesebuah organisasi.
BENTUK KAJIAN
Untuk kajian lapangan ini
kami telah memilih temu ramah sebagai bentuk kajian kami. Kami juga membuat
laporan untuk dihantar kepada pensyarah kursus kami, Ustazah Suraini binti
Ripin. Kami memilih untuk membuat temu ramah di Masjid Bandar Mersing, Jalan
Masjid, 86800 Mersing, Johor. Kami telah menemu ramah Biro Pendidikan dan
Dakwah di situ yang bernama Encik Rashidi Fairuz bin
Abdul Hamid. Beliau telah memberikan pelbagai input kepada kami. Beliau telah berkongsi tentang bagaimana mereka
menguruskan organisasi di masjid ini. Kami juga menjadikan blog di internet sebagai sumber rujukan kami.
OBJEKTIF KAJIAN
- Mengenal pasti cara pengendalian organisasi mengkut Pengurusan
Islam dan Barat.
- Mengetahui perancangan yang dilakukan untuk masa hadapan.
- Mengetahui bentuk kepimpinan yang telah dilaksanakan.
- Mempelajari cara mengawasi sesebuah majlis bersama organisasi.
LAPORAN MINGGUAN
MINGGU PERTAMA
Kami telah membahagikan
kumpulan kepada 4 orang setiap satu kumpulan. Pada hari yang sama juga kami
telah menerima tajuk-tajuk untuk e-folio dan kajian lapangan kami daripada
Ustazah Suraini binti Ripin di Dewan Kuliah 3. Kumpulan kami telah bersepakat
untuk memilih tajuk Perbezaan Konsep Pengurusan Islam dan Pengurusan Barat.
MINGGU KEDUA
Kami telah membuat temu
janji bersama Encik Rashidi Fairuz bin Abdul Hamid
dan beliau telah memutuskan untuk bertemu dengannya pada hari khamis di masjid.
Pada hari yang dijanjikan kami telah tiba disana selepas zuhur dan mengambil
gambar disekeliling masjid sementara menunggu kedatangan beliau. Encik Rashidi
Fairuz bin Abdul Hamid telah memberikan kerjasama yang baik kepada kami dengan
menjawap semua soalan kami dengan penuh berhemah dan bersabar. Kami juga telah
merakamkan video temu bual kami.
MINGGU KETIGA
Kami telah menyiapkan
laporan dan slaid yang diminta dalam tempoh seminggu ini. Kami sekumpulan telah
bekerjasama untuk menyelesaikan tugasan-tugasan yang telah diberikan kepada
kami. Kami telah memuatnaik e-folio kami di blog salimahsaidin22.blogspot.com
manakala laporan kajian lapangan kami telah dihantar kepada Ustazah Suraini
binti Ripin.
MINGGU KEEMPAT
Memandangkan kesemua tugasan
telah disiapkan, kini tibalah waktu untuk membentangkan kajian lapangan kami.
Kami mengambil giliran untuk membentangkan kajian yang telah kami lakukan
sepanjang sebulan ini.
PERBEZAAN PENGURUSAN ISLAM DAN BARAT
PENGENALAN
Dalam kajian ini, kita akan
mengetahui beberapa konsep pengurusan yang diamalkan oleh sesetengah
organisasi. Konsep-konsep pengurusan sebenarnya telah bermula sejak zaman purba
lagi seperti zaman Mesir kuno, Zaman Jahiliyyah dan sebagainya.
Secara umumnya, konsep
pengurusan yang menjadi amalan organisasi pada masa kini boleh kita bahagikan
kepada dua iaitu :
a. Konsep Pengurusan Islam
b. Konsep
Pengurusan Barat
KONSEP PENGURUSAN ISLAM
Sebagaimana
yang kita maklum, sistem pengurusan Islam adalah lengkap dan sistematik di mana
ia berpandukan kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Prinsip pengurusannya jelas,
penyusunan dan perancangan pengurusan yang teratur, pengawasan yang meyeluruh
serta terperinci, dan motivasi yang mempunyai asas yang kukuh untuk mendapat
keredhaan Allah SWT dan tidak semata-mata kebendaan dan keduniaan sahaja.
DEFINISI PENGURUSAN ISLAM
Di
dalam pengurusan Islam , terdapat beberapa sarjana-sarjana Islam telah
mengutarakan definisi pengurusan. Di antaranya :
v Ahmad
Ibrahim Abu Sina
Pengurusan
sebagai satu kajian ilmiah terhadap bakat dan kebolehan serta kemahiran
seseorang menjadi pengurus.
v Profesor
Syed Othman Alhabshi
Pengurusan
merupakan suatu proses mendapat dan mencantumkan sumber-sumber kewangan, modal,
tenaga manusia dan sebagainya untuk mencapai matlamat organisasi sama ada dalam
bentuk barangan atau perkhidmatan.
v Muhammad
A. Al-Buraey
Pengurusan
merupakan penyelarasan tenaga manusia untuk mencapai matlamat kelompok sebagai
makhluk sosial yang perlu berinteraksi antara satu sama lain.
MATLAMAT DAN OBJEKTIF PENGURUSAN ISLAM
Di antara
matlamat dan objektif pengurusan Islam ialah :-
üMenjalankan tugas yang telah
diamanahkan oleh Allah SWT dengan adil dan
memelihara perhubungan yang baik sesama insan.
memelihara perhubungan yang baik sesama insan.
üMemakmurkan mukabumi ini dengan
cara yang diredhai.
üMelaksanakan syariah Islam
iaitu ibadat, muamalat dan hukum-hukum Islam yang lain.
ü Mencari keredhaan Allah SWT walaupun
ketika berurusan dalam hal-hal duniawi.
ü Memastikan bahawa Islam itu
sentiasa lebih tinggi darjatnya daripada hal-hal lain.
PRINSIP-PRINSIP
PENGURUSAN ISLAM
Tiga prinsip
pengurusan Islam yang penting ialah:-
ü
Demokrasi
ü
Syura
ü Delegasi
Demokrasi
Demokrasi
ialah jaminan hak individu untuk bertindak bagi mendapat dan mempertahankan
hak. Namun demikian Islam menekankan kewajipan tentang memelihara hak
masyarakat. Islam menjamin hak individu dan masyarakat secara serentak dengan
mewajibkan setiap individu bersifat benar, jujur, ikhlas, amanah,
bertanggungjawab dan adil dalam pengurusan. Umat Islam mestilah menjauhkan diri
dari sifat-sifat mazmumah seperti bohong, mungkir janji, mengampu dan
sebagainya.
Syura
Prinsip
syura dalam pengurusan merangkumi perundingan, perbincangan dan mesyuarat
dengan kakitangan bagi memastikan peluang penyertaan diberi kepada setiap ahli
organisasi untuk memberikan pendapat bagi mencapai keputusan bersama. Prinsip
ini akan memperkukuhkan lagi demokrasi, sifat amanah, benar dan ikhlas dalam
diri individu.
Delegasi
Delegasi
atau agihan dan penyerahan tugas dilakukan mengikut kemahiran, kelayakan dan
minat seseorang di dalam memangku tugas yang diberikan oleh pihak pengurusan
atau ketua. Orang yang diberi kuasa ini bertanggungjawab untuk melaksanakan
tugas dan membuat keputusan dengan amanah tetapi tanggungjawab sepenuhnya masih
disandang oleh pihak pengurusan.
CIRI-CIRI PENGURUSAN ISLAM
Ciri-ciri Umum
1)
Ikatan
yang erat antara pengurusan dengan masyarakat. Ikatan itu ialah akhlak, nilai
masyarakat dan perubahan masyarakat yang berasaskan akhlak.
2)
Pergolakan
dan perubahan ekonomi yang memberikan kepuasan fisiologi, individu, ekonomi dan
kebendaan.
3)
Kemanusiaan
dan kerohanian. Ia menghormati hakikat kemanusiaan sebagai insane yang terlibat
dengan pengurusan mengikut keupayaan akal, fizikal dan jiwa.
4)
Menentukan
tugas dan tanggungjawab. Mematuhi dan menghormati kuasa, peraturan undang-ndang
rasmi serta carta organisasi dan bukannya melakukan tingkahlaku pengurusan yang
baik kerana mengharapkan ganjaran pahala.
Ciri-ciri Khusus
a)
Pengurusan
Islam merupakan sebahagian daripada sistem masyarakat bagi menentukan matlamat
hidup hubungan masyarakat seperti hubungan manusia dengan manusia, manusia
dengan Allah, manusia dengan masyarakat dan hubungan manusia dengan alam.
Pentadbiran dan pengurusan dalam Islam termasuk dalam lingkungan ibadat
sebagaimana dijelaskan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran:
“Katakanlah
: Sesungguhnya sembahyangku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah tuhan semesta
alam”.
(Surah Al-An’am : 6:162)
b)
Islam
menjelaskan bahawa pekerjaan dan jawatan khususnya di dalam pengurusan dianggap
sebagai suatu amanah dan tanggungjawab seperti yang dijelaskan di dalam
Al-Quran yang bermaksud :
“Sesungguhnya
Allah s.w.t menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya
dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu
menetapkan dengan adil”.
(Surah An-Nisa : 4:58)
KONSEP PENGURUSAN BARAT
Persoalan awal yang perlu kita timbulkan di sini ialah,
bagaimana pengurusan barat lahir ? Pengurusan Barat lahir kerana wujudnya
falsafah ekonomi rasional yang mana ia bergantung kepada kemampuan akal
semata-mata. Di mana penekanan ia menjurus ke arah memaksimumkan produktiviti,
kualiti dan keuntungan.
Bagi
menjelaskannya, kita akan meninjau pengurusan Barat dari aspek definisi, Sistem
dan ciri-ciri nya.
Definisi
Pengurusan Barat
Di antara
definisi-definisi pengurusan yang dihuraikan oleh sarjana-sarjana Barat ialah :
v Hilgert
dan Leonard
Pengurusan
merupakan suatu proses di mana kerja-kerja dapat dilaksanakan dengan
mengembeling sumber manusia serta membimbing dan memberi motivasi kepada
usaha-usaha mereka ke arah pencapaian objektif organisasi.
v Boone
dan Kurtz
Pengurusan
ialah usaha-usaha pencapaian objektif organisasi melalui sumber manusia dan
sumber teknikal dengan cara yang paling efektif.
v Gitman
dan McDaniel
Pengurusan
sebagai suatu proses mengkoordinasikan sumber manusia dengan sumber-sumber lain
dalam sesebuah organisasi bagi mencapai tujuan dan matlamat organisasi
tersebut.
v Wagner
dan Hollenback
Pengurusan
ialah suatu proses perancangan, pelaksanaan, pengarahan dan kawalan perlakuan
organisasi.
SISTEM PENGURUSAN BARAT
ü Salah satu sistem pengurusan
yang berkesan di barat ialah menggunakan konsep Management By Walking Around
(MBWA) yang merangkumi :-
ü Galakan interaksi di antara
peringkat atasan dengan pekerja bawahan dalam pengurusan dengan tujuan untuk
melahirkan sikap kerjasamma dan kesungguhan pekerja serta meningkatkan
produktiviti organisasi.
ü Menyampaikan maklumat dan
mewujudkan komunikasi yang jelas antara pihak pengurusan atasan dengan pekerja.
ü Membuat keputusan dalam hal
keusahawanan, menyelesaikan masalah, agihan sumber manusia dan sumber alam dan
sebagai perunding.
CIRI-CIRI PENGURUSAN BARAT
Pakar-pakar
pengurusan barat telah menyenaraikan ciri-ciri pengurusan yang dinamis seperti
berikut:
1. Ramalan
Pihak pengurusan dapat membuat ramalan
sesuatu hal yang akan datang untuk kemajuan organisasi dan membuat persediaan
serta jangkaan sebab dan akibatnya.
2. Pengorganisasian
Pihak pengurusan memperkukuhkan
organisasi dengan menyusun struktur, agihan, penyerahan kuasa dan mengeratkan
hubungan kemanusian antara pihak pengurusan dengan pekerja.
3. Pimpinan
Pihak pengurusan membuat keputusan,
menghadkan perhubungan, meningkatkan motivasi, pemilihan, penempatan tenaga
kerja dan pembangunan atau latihan serta penambahan tenaga kerja.
4. Pengawalan
Untuk menjaga perkihdmatan cemerlang dan
pengurusan berkualiti, pihak pengurusan sentiasa mengadakan kawalan mutu
perkhidmatan dan pengeluaran. Penilian dan pengukuran dilakukan dari masa ke
semasa untuk mengenalpasti kelemahan dan mencadangkan pembaikan.
5. Perancangan
Bertindak
Pihak pengurusan membuat perancangan
jangka pendek dan jangka panjang untuk mencapai matlamat organisasi secara
sistematik dari segi teori dan amali.
LAIN-LAIN PENGURUSAN
Di
antara lain-lain konsep pengurusan yang akan dibincangkan dalam kajian ini
ialah konsep pengurusan Jepun.
KONSEP PENGURUSAN JEPUN
Falsafah
pengurusan Jepun adalah lebih mirip kepada golongan petani yang lebih mementingkan
kerjasama, kerja berpasukan, saling bergantung, bekerja kuat, bergantung kepada
musim, bertapak di sesuatu tempat, memerlukan perancangan rapi, suka meniru dan
membaiki ciptaan orang lain. Falsafah pengurusan Jepun di atas adalah untuk
mencapai kemajuan korporat yang abadi dan menjamin keamanan negara, masyarakat
Jepun dan dunia.
Konsep pengurusan Jepun mempunyai tiga ciri utama iaitu :-
ü Pengurusan berorientasikan
manusia (people oriented management ) iaitu pekerjaan adalah untuk seumur hidup
pekerja di mana ganjaran dan penghargaan diberikan kepada mereka yang paling
lama berkhidmat.
ü Keharmonian, penyesuaian dan
membuat keputusan di mana pihak pengurusan mengutamakan keharmonian dengan
pekerja dan sentaisa meningkatkan kerjasama. Semangat pekerja sentiasa tinggi
kerana mereka terlibat dalam membuat keputusan.
ü Sikap terhadap pekerja yang
mengutamakan dedikasi, kualiti, displin, inovatif, ketaatan dan etika.
PERBANDINGAN SISTEM PENGURUSAN ISLAM DAN BARAT
Konsep
pengurusan barat sebagai satu sains dan teori pengurusan sebenarnya berasal
daripada logika Cartesian dan pemikiran Aristotle. Ia berasaskan kepada model
rasional, analitikal, causative dan probalistic. Jelas di sini konsep
pengurusan barat mempinyai perbezaan yang besar dengan konsep pengurusan islam
yang bukan sahaja bersumberkan aqliah tetapi juga wahyu ilahi. Jadual di bawah
menunjukkan gambaran yang lebih jelas mengenai perbezaan di antara konsep
pengurusan barat dengan konsep pengurusan islam.
Perbezaan
antara pengurusan Islam dan barat
|
||
Element
|
Pengurusan
Islam
|
Pengurusan
Barat
|
Teras
|
● Paradigm tauhid.
● Keseimbangan antara dunia dan
akhirat.
|
·
Pandangan
hidup materialistic dan keduniaan.
·
Konsep
utilitarianisme
|
Matlamat organisasi
|
· Keuntungan dengan tanggungjawab
sosial.
· Kejayaan bukan shaja untuk
diri, organisasi atau Negara malah untuk ummah atau tamadun islam.
|
·
Memaksimumkan
·
keuntungan.
·
Kejayaan
untuk diri, organisasi atau Negara
|
Corak pengurusan
|
· ‘syura’ sebagai corak
pengurusan yang abadi. (timeless). Unsur-unsur luar dalam pengurusan boleh
disesuaika dengan islam. (adaptable)
|
·
Berkepelbagaian
bergantung kepada individu, organisasi dan situasi. Idea-idea pengurusan
adalah kreatif dan inovatif.
|
Fungsi individu
|
· Mengabadikan diri kepada
Allah sebagai ‘Khalifah’
|
·
Mengabadikan
diri kepada ketua atau organisasi,
|
Ganjaran (reward)
|
· Ganjaran dari segi dosa dan
pahala, bersifat lahiriah dan rohaniah (kepuasan rohani).
|
·
Ganjaran
dalam bentuk lahiriah dan jangka pendek.
|
Falsafah kerja
|
· Kerja berdasarkan kepada
niat (nawaitu) dab keikhlasan bekerja.
· Kerja senagai satu ibadah.
|
·
Kerja
berkonsep materialism.
·
Kerja
untuk kehidupan dunia semata-mata.
·
Kerja
untuk kepuasan diri.
|
Motivasi
|
· Untuk mendapat keredaan
Allah SWT selain memenuhi tuntutan majikan.
|
·
Untuk
mendapat ganjaran jangka pendek berbentuk kebendaan dan kepuasan diri.
|
Ukuran prestasi
|
· Pelbagai demenisi: ekonomi
dan kerohanian, begitu juga tanggungjawab sosial.
|
·
Satu
deminisi sahaja iaitu ekonomi.
|
INI MERUPAKAN ARTIKAL MENGENAI KEBEBASAN DAN PERSPEKTIF
ISLAM DAN BARAT.
- Ini merupakan keratan akhbar yang bertajuk ‘ Akta Lindungi Semua Agama’ berkait rapat dengan Kebebasan Beragama.
KESIMPULAN
Islam telah menggariskan panduan dan
tatacara untuk menguruskan sesebuah organisasi dengan kaedah-kaedah yang amat
releven dan berkesan. Pengendalian pengurusan kerja yang merangkumi aspek
perancangan, pengorganisasian, kepimpinan dan pengawasan merupakan
elemen-elemen yang sepatutnya ditekankan oleh semua pihak dalam organisasi bagi
melahirkan pengurusan yang baik serta bertaraf dunia. Kita dapat mempelajari
tentang Konsep Pengurusan Islam dan PEngurusan Barat bagi memudahkan
pengendalian organisasi yang akan dijalankan.
RUJUKAN
- Boysdat2bpsp.blogspot.my/?m=1
Comments
Post a Comment