DUA 2022 PENGURUSAN DALAM ISLAM
E-FOLIO
NAMA DAN NO MATRIKS
|
NUR ARLINA BINTI AZMI (25DSK17F1009)
ANIS NAJWA BTE ABD RAZDI
(25DSK17F1031)
ARISSA MAISAARA BTE SARIDUN
(25DSK17F1015)
NUR ZAHIRAH ZAWANI BTE ZUBRI
(25DSK17F1008)
|
KELAS
|
DSK 2
|
PENSYARAH
|
USTAZAH SURIANI BTE RIPIN
|
ISI KANDUNGAN
BIL
|
ISI KANDUNGAN
|
CATATAN
|
1.
|
·
Muka
surat depan
|
|
2.
|
·
Pemilihan
tajuk
·
Bentuk
kajian
·
Penghargaan
|
|
3.
|
·
Pengenalan
·
Objektif
Kajian
·
Kesetiaan
Kepada Organisasi
|
|
4.
|
·
Cara-cara
menyemai kesetiaan pekerja dalam organisasi
|
|
5.
|
·
Cabaran-cabaran
kesetiaan dalam pekerjaan
·
Langkah-langkah
mengatasi cabaran
|
|
6.
|
·
Gambar
|
|
7.
|
·
Kebaikan
dan keburukan mengamalkan amalan kesetiaan pekerja kepada organisasi
·
Al-quran
dan hadis
|
|
8.
|
·
Implikasi
jika pekerja tidak setia kepada organisasi
|
|
9.
|
·
Kesimpulan
|
PEMILIHAN
TAJUK
·
Pada
minggu lepas kami telah diberi tugasan E-folio ini oleh pensyarah kami iaitu
Puan Suriani binti Ripin. Kami telah
memilih tajuk “KESETIAAN PEKERJA KEPADA
ORGANISASI”.
BENTUK
KAJIAN
Bentuk
kajian yang kami gunakan dalam tugasan E-folio ialah berbentuk laporan.
PENGHARGAAN
Bersyukur ke hadrat ilahi kerana
dengan limpah dan kurnianya dapat kami melaksanakan kerja kursus ini. Pertama
sekali kami mengucapkan ribuan teruma kasih kepada Politeknik Mersing Johor
kerana memberi peluang kepada kami menghasilkan E-Folio ini dengan menyediakan
kemudahan seperti perpustakaan bagi memudahkan kami mendapat rujukan yang
berkaitan tajuk tugasan ini.
Kami juga mengucapkan terima kasih
kepada Pn.Suriani bt Ripin selaku pensyarah pengurusan dalam islam yang telah
banyak memberi tunjuk ajar serta penerangan kepada kami. Selain itu juga kami
mengucapkan teriima kasih kepada puan kerana memberi kepercayaan menjalankan
tugasan ini dengan jayanya
Tidak dilupakan, ucapan terima
diucapkan kepada rakan seperjuangan yang sama-sama bertungkus lumus menyiapkan
tugasan ini dan bersama-sama bertukar idea dan pendapat bagi menghasilan
E-folio yang berkualiti.
Akhir sekali, harapan kami agar segala
tugasan yang kami hasilkan dapat menambahkan ilmu pengetahuan kami dan orang
lain dan diharapkan tugasan ini dapat memberi manfaat kepada masyarakat
sekililing.
PENGENALAN
Dalam perspektif islam, agama islam sangat
menggalakan setiap umat untuk hidup berorganisasi. Organisasi bermaksud
sekumpulan manusia yang bekerja bersama-sama untuk mencapai matlamat individu,
kumpulan dan organisasi itu sendiri. Dalam erti kata lain organisasi ialah satu
unit sosial di mana manusia didalamnya akan sentiasa berhubung dan berkomunikasi
dalam melakukan peranan tersendiri.
Kita juga seharusnya mempunyai
kesetiaan yang tinggi dalam sesebuah organisasi. Komitmen yang tinggi perlu
diterapkan dalam diri pekerja agar sifat kesetiaan dalam organisasi dapat
ditingkatkan sebaik mungkin. Kesetiaan juga meliputi rasa cinta dan
tanggungjawab untuk berusaha memberikan perkhidmatan dan perilaku yang terbaik
kepada sesebuah organisasi.
Sebagai contoh, apabila seseorang
bermusafir mereka digalakkan bermusafir secara berjemaah dan melantik seorang
ketua. Ini menunjukkan betapa pentingnya hidup dalam berorganisasi. Oleh itu,
sangat jelas bahawa kehidupan berorganisasi ini sangat bermanfaat kerana
mempunyai ciri-ciri penting dalam membentuk masyarakat yang bertamadun.
OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini dilakukan adalah untuk
mengukur tahap kesetiaan seseorang pekerja kepada sesuatu organisasi.
·
Selain
itu, mengkaji sesuatu perkerjaan yang dilakukan jika seseorang pekerja setia
berkhidmat untuk majikannya.
·
Bukan
itu sahaja, malah mengkaji kesetiaan kepada semua pekerja walaupun telah banyak
diberi tekanan semasa melakukan perkerjaaan.
· Memberi
penekanan kepada masyarakat untuk mengendalikan sesuatu organisasi.
KESETIAAN KEPADA ORGANISASI
Kesetiaan kepada organisasi merujuk
kepada ketaatan seseorang pekerja kepada seoorang pengurus dan seorang pengurus
kepada ketuanya. Kesetiaan dapat dipupuk melalui rasa cinta dalam melakukan
pekerjaan yang dipertanggungjawabkan. Antara ciri-ciri organisasi yang Berjaya
ialah apabila pekerja melahirkan rasa cinta kepada organisasi. Ia sangat
penting untuk melahirkan kesetiaan, ketaatan, dan disiplin yang cemerlang.
Rasulullah SAW pernah bersabda yang
membawa maksud “kewajipan kamu adalah mendengar dan taat sesuatu perintah sama
ada dalam keadaan susah atau senang atau dalam keadaan perkara yang atau kurang
disukai atau sesuatu yang tidak mendahulukan kepentingan kamu “. (Hadis Riwayat
Muslim). Dalam hadis ini menerangkan bahawa pekerja diwajibkan mentaati
perintah ketua walau dalam pelbagai keadaan sekalipun.
Jika pekerja setia kepada organisasi,
ia dapat memastikan segala matlalmat yang hendak dicapai oleh organisasi
terlaksana selain ia dapat melicinkan perjalanan organisasi. Dalam konteks lain,
pengurus sebagai peneraju utama perlu menjadi contoh teladan yang baik dan
memastikan perkara seperti ini tidak berlaku. Antaranya:
·
Mengambil
tindakan yang boleh menimbulkan risiko yang besar kepada organisasinya.
·
Membuat
keputusan yang merugikan syarikat.
·
Membelakangkan
kepentingan organisasi demi kepentingan organisasi lain.
·
Pekerja
dengan dua organisasi yang berbeza dalam satu-satu masa tertentu.
CARA-CARA MENYEMAI KESETIAAN PEKERJA DALAM ORGANISASI
Beberapa langkah positif perlu diambil
bagi membina dan menyemai kesetiaan dalam diri pekerja. Antaranya ialah :
v
Kesetiaan
kepada organisasi mestilah kerana Allah SWT dan Rasulullah SAW.
Diriwayatkan daripada Anas r.a,
katanya: Nabi SAW bersabda: Tiga perkara, jika terdapat di dalam diri seseorang
maka dengan perkara itulah dia akan memperoleh kemanisan iman: Seseorang yang
mencintai Allah dan Rasul-Nya lebih daripada selain kedua-duanya, mencintai
seorang hanya kerana Allah, tidak suka kembali kepada kekafiran setelah Allah
menyelamatkannya daripada kekafiran itu, sebagaimana dia juga tidak suka
dicampakkan ke dalam neraka. (riwayat Bukhari, Muslim, Tirmizi dan Nasaie).
Sekiranya Allah dan Rasul
diletakkan pada tempat paling tinggi, maka pekerja tidak akan melakukan
penyelewengan, pecah amanah dan khianat kepada organisasi.
Sebab itu, orang yang
meletakkan cinta kepada dunia melebihi cinta kepada Allah dan Rasul akan
menerima kehancuran.
v
Suasana
ukhuwah dan persaudaraan dalam kalangan pekerja.
Sikap lemah-lembut,
bertolak ansur dan hormat menghormati adalah elemen penting agar hubungan yang
baik dapat diwujudkan.
Justeru, Allah SWT berfirman
yang bermaksud: ... Nabi Muhammad (SAW) adalah Rasul Allah; dan orang-orang
yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang
(memusuhi Islam), dan sebaliknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan
sesama sendiri (umat Islam)... (Al -Fath: 29)
Majikan dan pekerja juga
perlu menjaga tutur kata dan mengawal kemarahan seperti menggunakan perkataan
yang sesuai dan sopan.
v
Ganjaran
terhadap tanggungjawab yang dilakukan.
Ganjaran yang diberikan adalah sebagai
hadiah kepada pekerja yang setia dengan organisasi. Ia menjadi faktor kesetiaan
seseorang kepada organisasi supaya pekerja berasa dihargai oleh majikan dan
menjadi penguat semanga mereka untuk meneruskan pekerjaaan.
CABARAN-CABARAN KESETIAAN DALAM PEKERJAAN
Antara cabaran bagi majikan di semua
peringkat dan sektor bagi mengekalkan kesetiaan dalam diri sesorang pekerja,
ialah:
v
Mengekalkan
pekerja untuk terus bekerja dalam sebuah syarikat dalam masa yang panjang.
v
Majikan
tidak membayar gaji pekerja mengikut kelulusan dan tidak membayar gaji mengikut
waktu yang ditetapkan.
v
Ekonomi
yang merundum membuatkan pekerjaan melakukan dua kerja dalam satu masa.
v
Majikan
tidak bertimbang rasa untuk bertanggungjawab atas masalah yang dilanda oleh
pekerja dan jika seseorang pekerja ingin mengambil cuti atas sebab tertentu,
majikan tidak ambil peduli.
v
Di
Malaysia, hanya perkhidmatan kerajaan yang masih memiliki kakitangan yang akan
bekerja sehingga umur persaraan wajib untuk melayakkan mereka menikmati pencen.
LANGKAH – LANGKAH MENGATASI
CABARAN
v
Majikan
perlu menghargai perkerja dengan memberi saguhati atau wang bonus untuk pekerja
yang rajin berkerja untuk menaikkan semangat mereka untuk berkerja.
v
Majikan
perlu pandai merancang masa untuk membayar gaji pekerja dengan waktu yang tepat
dan betul.
v
Menaikkan
gaji pekerja berpandukan kelulusan yang diperoleh.
v
Majikan
perlu memunyai sifat perkemanusain terhadap pekerja mereka terutama dalam
permohona cuti sakit ataupun cuti kecemasan.
v
Pihak
swasta mahupun kerjaan haruslah memberikan wang pencen kepada pekerja yang
sudah berkhidmat lama dengan jika mereka sudah tua.
CONTOH LAMPIRAN KERATAN AKHBAR
CONTOH LAMPIRAN KERATAN AKHBAR
Keratan akhabr ini menunjukkan percutian para pekerja yang ditaja oleh majikannya. Majikan ini telah menunjukkan ciri-ciri sesorang majikan yang berhati mulia seperti menghargai tenaga kerja pekerjanya sendiri.
Keratan akhbar ini menunjukkan majikannya tidak bertanggungjawab atas pekerjanya dalam menguruskan gaji pekerjanya. Ini telah menunujukkan ciri-ciri majikan tidak ambil peduli atas pekerjanya dalam menguruskan sesebuah organisasi.
KEBAIKAN DAN KEBURUKAN
MENGAMALKAN AMALAN KESETIAAN PEKERJA KEPADA ORGANISASI
KEBAIKAN
|
KEBURUKAN
|
v Pekerjaan yang dilakukan
dapat dilaksanakan dengan kemas dan teratur.
v Perkerjaan yang kita
lakukan dengan hati yang ikhlas dan tidak terpaksa
v Mendapat keredhaan Allah
S.W.T
v Akan disenangi dengan
majikan.
v Tidak melakukan
pertukaran kerja yang banyak
|
v
Sesuatu
prkerjaan tidak dapat dikendalikan dengan kemas dan teratur.
v
Perkerjaan
yang kita lakukan dibuat secara paksa.
v
Tidak
mendapat keredhaan oleh Allah S.W.T
v
Tidak
disenangi oleh majikan.
v
Perkerjaan
yang bertukar-tukar menyebabkan pekerja tak dapat gaji yang tetap.
|
AL-QURAN DAN HADIS
IMPLIKASI JIKA PEKERJA TIDAK SETIA KEPADA ORGANISASI
Jika pekerja tidak setia dengan
sesuatu organisasi ia menyebabkan berlaku masalah seperti pekerja berhenti
kerja. Seperti yang kita tahu, Negara kita juga mengalami masalah pengangguran
yang serius. Jika kita lihat dari konteks lain, jika masalah pekerja berhenti
kerja meningkat, ia menyebabkan penambahan kepada pengangguran di Malaysia. Hal
ini disebabkan oleh, pekerjaan di Malaysia adalah terhad. Di sini dilampirkan
keratan akhbar dan statistik pengangguran di Malaysia.
KESIMPULAN
Sumber manusia merupakan
aset terpenting dalam sesebuah organisasi. Dalam era globaisasi, persoalan daya
saing dan daya tahan sesebuah organisasi menjadi focus masa kini. Sesungguhnya,
pengurusan sumber manusia berupaya memastikan kelestarian sesebuah organisasi
itu. Namun kepincangan pengurusan sumber manusia telah membangkitkan pelbagai
isu. Isu-isu sedia ada dalam pengurusan sumber manusia dalam pendidikan,
teknologi ICT dalam pendidikan, jaminan kualiti pendidikan, proses perekrutan
dan pemilihan staf, latihan dan pembangunan staf, serta pembangunan kerjaya
staf. Beberapa tahun kebelakangan menyaksikan pelbagai isu pengurusan sumber
manusia dalam pendidikan menerima liputan meluas media massa, seperti isu
ketidakseimbangan gender dalam pasaran pekerjaan, pelarasan gaji, etika dan
integriti, stres dan burn out serta isu kepimpinan. Dalam industri pendidikan,
isu-isu berbangkit ini perlu ditangani secara sistematik dengan penggemblengan
usaha pihak-pihak yang berkepentigan (stakeholders).
RUJUKAN
RUJUKAN
- http://www.utusan.com.my/bisnes/ekonomi/cabaran-mengekalkan-pekerja-setia-1.87486
- mobile/global/bos-belanja-pekerja-rm2-02j-untuk bercuti
- https://m.facebook.com/notes/al-yaminn/taatilah-para-pemimpin-menurut-al-quran-hadis/452119271545826/
- http://www.sinarharian.com.my/mobile/edisi/pahang/majikan/gagal-bayar-tunggakan-gaji-1.641849
Comments
Post a Comment