PENGURUSAN DALAM ISLAM SATU




PENGURUSAN DALAM ISLAM
DUA 2022

PRINSIP ASAS PENGURUSAN DALAM ISLAM
Ahli kumpulan:
NAMA
NO MATRIK
NUR SYAZWANI BT ABD RAZAK
25DSK17F1011
NUR FARINA BINTI IBRAHIM
25DSK17F1021
NURUL NATASYA HIRA BINTI ZAIRUDDIN
25DSK17F1013
FARIZA AINI BINTI HASSAN
25DSK17F1007



PENGHARGAAN

Bismillahirahmanirahim
Alhmadullilah bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat. Dapat juga kami menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.
kami  ingin memberi ucapan  penghargaan ini kepada pensyarah tercinta kami, ustazah Suraini Binti Ripin kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya dapat kami  menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.
Kami juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada sahabat handai yang  memberi pertolongan untuk menyiapkan kerja folio ini.
Akhir kata, kami mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung atau sebaliknya dalam pembikinan kerja folio ini. Terima kasih.

OBJEKTIF KAJIAN
·         Objektif sebuah organisasi merupakan gagasan umum yang melambangkan matlamat yang hendak dicapai dan menjadi garis panduan oleh sesebuah orgnisasi.
·         Objektif yang jelas membolehkan segala sumber serta usaha digerkkan kearah pencapaian objektif.
·         Perancangan dilaksanakan sebaik mungkin dengan mengambil kira reality masa ini.

PENGENALAN
      Dalam prinsip asas  pengurusan dalam islam kita akan  mengenali beberapa konsep  pengurusan dalam islam yang  di amalkan oleh sesetengah organisasi. Antara konsep pengurusan dalam islam adalah:
       
      Konsep pengurusan islam
      Konsep pengurusan barat
      Konsep pengurusan jepun


KONSEP PENGURUSAN ISLAM

      Sistem pengurusan islam adalah sangat lengkap dan sistematik kerana sistem ini berpandukan kepada al-Quran dan sunah. Prinsip pengurusannya jelas, iaitu penyusunan dan perancangan pengurusan yang teratur, pengawasan yang menyeluruh dan terperinci serta motivasi yang mempunyai asas kukuh untuk mendapat keredaan Allah SWT.



PERGERTIAN PENGURUSAN ISLAM
      Pengurusan islam ialah satu proses mengurus menggunakan kemahiran , kebolehan dan kepakaran dengan menggunakan segala sumber alam sama ada berbentuk kebendaan atau kemanusiaan yang dikurniakan oleh Allah, berpandukan prinsip-prinsip Islam, dirancang dan dilaksakan oleh pengurus dalam sebuah organisasi.




MATLAMAT DAN OBJEKTIF
      Memastikan bahawa islam itu sentiasa lebih tinggi darjatnya daripada hal-hal lain.
      Melaksanakan syariah islam iaitu ibadat, muamalat dan hukum-hukum islam yang lain.
      Mencari keredhaan Allah walaupun ketika berurusan dalam hal-hal duniawi.
      Menjalankan tugas yang telah diamanahkan oleh Allah dengan adil dan memelihara perhubungan yang baik sesama insan.


PRINSIP PENGURUSAN ISLAM
1)      DEMOKRASI
      Demokrasi ialah jaminan hak individu untuk bertindak bagi mendapat dan mempertahankan hak.

2) SYURA
      Prinsip syura dalam pengurusan merangkumi perundingan, perbincangan dan mesyuarat dengan kakitangan bagi memastikan peluang penyertaan diberi kepada setiap ahli organisasi untuk memberikan pendapat bagi mencapai keputusan bersama.
       
3) DELEGASI
      Delegasi atau agihan dan penyerahan tugas dilakukan mengikut kemahiran, kelayakan dan minat seseorang di dalam memangku tugas yang diberikan oleh pihak pengurusan atau ketua.



CIRI-CIRI PENGURUSAN ISLAM
Ciri-ciri Umum pengurusan islam

      Ikatan yang erat antara pengurus dan kakitangan serta masyarakat
      Pergolakan dan perubahan ekonomi yang memberikan kepuasan = fisiologi, individu, ekonomi dan kebendaan
      Kemanusiaan dan kerohanian
      Menentukan tugas dan tanggungjawab.



Ciri-ciri khusus pengurusan islam

      Menentukan matlamat hidup dan hubungan manusia dengan manusia, Allah dan masyarakat serta alam.
      Menyempurnakan fisiologi pekerja.
      Syura- mengadakan mesyuarat sebelum melakukan sesuatu.
      Kerjasama- mematuhi ketua dan pemimpin yang adil khususnya dalam hal pengurusan.
      Kemanusiaan- mengutamakan nilai-nilai kemanusiaan.
      Kebenaran- bekerjasama memperjuangkan kebenaran dalam segala hal pengurusan.



PRINSIP ASAS


Al-Ubudiyyah
((PENGABDIAN TERHADAP ALLAH)


Allah berfirman dalam surah al-Nahl:

Maksudnya:
“janganlah kamu sembah dua tuhun. Hanya Dia Tuhan yang Esa, sebab itu takutlah kamu kepada-ku. Allah memiliki apa-apa yang di langit dan di bumi dan kepada-nya (hendaklah) kamu patuh selama-lamanya. Adakah kamu takut kepada yang lain daripada Allah?”

(Surah al-Nahl 16:51-52)



AL-UBUDIYYAH

      Mengabdikan diri semata-mata kerana kerana Allah SWT dengan meletakkan setiap kerja yang dilakukan sebagai ibadah yang memperolehi ganjaran pahala di akhirat.

SYARAT-SYARAT PRINSIP AL-UBUDIYYAH

      Niat yang ikhlas
      Pekerjaan yang dilakukan tidak melanggar dengan hukum syarak
      Perlaksanaan kerja hendaklah selaras dengan prinsip syariat islam
      Amalan/kerja dilakukan seelok-eloknya dan sebaik mungkin
      Tidak melalaikan ibadah

PERKARA PENTING
(al-ubudiyyah dengan organisasi)
      Matlamat dan hala tuju organisasi perlu seiring dengan konsep pengabdian diri kepada Allah SWT
      Budaya yang wujud dan subur dalam organisasi perlu didorong dengan semangat pengabdian diri kepada Allah SWT
      Cara, kaedah atau kegiatan yang dilaksanakan untuk mencapai matlamat organisasi juga perlu seiring dengan konsep ubudiyyah kepada Allah SWT


KESAN POSITIF KEPADA PEMBENTUKAN WATAK WARGA ORGANISASI ERTI BUDAYA ORGANISASI YANG DIWUJUDKAN

q  Warga organisasi akan berusaha untuk menjadikan setiap kegiatan dalam organisasi sebagai satu ibadah
q   Budaya yang wujud dalam organisasi menjadi sesuatu yang positif sejajar dengan nilai dan prinsip agama
q   Agama menjadi unsur utama dalam menentukan tindak-tanduk dan kegiatan dalam organisasi



Al- Syura
(MUZAKARAH/MUSYAWARAH)

AL-SYURA
PENGERTIAN
Ø   pemesyuaratan yang diadakan oleh sekumpulan ulama dan umat islam berkaitan dengan kepentingan dan kebajikan mereka berdasarkan ketakwaan
Ø   mesyuarat untuk kebajikan umat islam adalah diwajibkan oleh Allah kerana melalui bermesyuarat segala masalah dapat diselesaikan selain dapat mengeratkan silaturrahim dan perpaduan
Ø   pemesyuratan ialah prinsip pengurusan islam yang kedua. Ia telah ditegaskan dengan nyata dalam Al-Quran dan dikukuhkan dengan Sunnah Rasulullah SAW serta amalan para sahabat.




SYARAT MENJADI AHLI SYURA



KEPENTINGAN

        i.            Kepentingan yang dibuat lebih baik berdasarkan logic akal kerana yang dibuat mengikut pandangan orang ramai bukan seseorang
      ii.            Dapat terhindar dari kekeliruaan dan ketidakfahaman
    iii.            Dapat menghindarkan kesalahan dalam membuat keputusan
    iv.            Keputusan yang dibuat lebih mantap, matang dan mendalam



Al- Hurriyah
(KEBEBASAN)


AL-HURRIYAH
TAKRIFAN

      Kebebasan bermaksud keupayaan untuk memilih melakukan sesuatu perkara disamping mengikut undang-undang yang telah ditetapkan. Seseorang individu itu diberi hak untuk beragama, berfikir, bersuara, mencari harta dan sebagainya mengikut batasan yang di perkuatkuasakan



PRINSIP KEBEBASAN



KEBEBASAN DALAM ISLAM DIJAMIN UNTUK SETIAP INDIVIDU
      Ia tidak menganggu kepentingan orang lain atau kepentingan awam. Hal ini kerana dalam islam, apabila bertembung antara kepentingan peribadi dengan kepentingan umum. Kepentingan umum itu hendaklah didahulukan
      Kebebasan tersebut janganlah bercanggah dengan nilai dan prinsip agama. Jikalau bercanggah maka dengan sendirinya ia terbatal
      Tidak menggangu kepentingan organisasi. Ini membawa maksud kepentingan organisai hendaklah diutamakan berbanding dengan kepentingan dan kebebasan diri.




Al-Musawah
(persamaan)


AL-MUSAWAH
Al musawwah atau persamaan adalah di antara prinsip pengurusan di dalam islam

      Persamaan kedudukan setiap pentadbir atau pengurus di sisi undang-undang atau peraturan di sisi undang-undang atau peraturan dalam hak-hak asasi dan pada taraf atau status kemanusiaan.
      Semua manusia berasal dari satu keturunan yang sama
      Perbezaan dari aspek amalan, tanggungjawab dan ketawaan sahaja



PERLAKSANAAN MUSAWWAH @ PERSAMAAN DI DALAM ORGANISASI
1)      Semua warga organisasi harus diterima sama rata terutama dari sudut peraturan dan undang-undang.
2)      Warna organisasi hendaklah dilayan dan dihormati dari sudut kemanusiaan kerana setiap manusia mempunyai maruah, kecenderungan dan sifat serta cita rasa yang tersendiri
3)      Persamaan juga hendaklah diaplikasikan dari sudut peluang dan kemudahan yang diberikan agar setiap pekerja dapat merasai peluang dan hak yang sama
4)      Pembahagian tugas hendaklah mengambil kira aspek kemanusiaan dan persamaan.





Al-Adalah
(keadilan)

AL-ADALAH
DARI SEGI BAHASA:
      Meletakkan sesuatu pada tempatnya

DARI SEGI ISTILAH:
      Meletakkan sesuatu itu pada tempatnya berdasarkan kepada ketentuan akidah syariah dan akhlak serta bersumberkan al-Quran dan As-Sunnah

MENURUT AL-MAWARDI:
      Bercakap benar, jelas kejujuran, menjauhi haram, memelihara diri dari melakukan dosa atau bersubahat dengannya


KEADILAN BOLEH DILAKSANAKAN DI DALAM PERKARA SEPERTI BERIKUT:


BENTUK-BENTUK KEADILAN

1)      KEADILAN DALAM BENTUK BERSAMAAN
      Seperti mendapat bonus tahunan, hak bercuti dan sebagainya
       
2) KEADILAN DALAM BENTUK BERBEZA
      Setiap semua berhak untuk diberi gaji oleh majikan berdasarkan kelulusan yang diperolehi dan tanggungjawab yang diberi
       
3) KEADILAN DALAM BENTUK HAK ISTIMEWA
      Hak istimewa yang diberikan kepada individu yang tertentu berdasarkan sumbangannya kepada organisasi



KESIMPULAN
Dalam topik ini kami telah menerangkan dengan lebih mendalam Prinsip asas dalam Pengurusan Islam iaitu: Al-Ubudiyyah, Al-Adalah, As-Syura, Al-Huriyyah dan Al-Musawah.
Prinsip Al-Ubudiyyah menerangkan perkara berkaitan pengabdian terhadap Allah manakala prinsip Al-Adalah pula menjelaskan hal keadilan dalam sesebuah organisasi.
Selain itu, prinsip As-Syura menghuraikan kenapa perlu permesyuaratan dan prinsip Al-Huriyyah bermaksud kebebasan dari pelbagai segi.
Akhir sekali, prinsip Al-Musawah adalah berkenaan persamaan antara manusia dengan manusia lain. Prinsip ini adalah tiang kepada pengurusan islam kerana tanpa tiang takkan teguh sesebuah struktur bangunan itu.


Rujukan:
                               I.            Buku pengurusan dalam islam

                            II.            Internet-prinsip asas pengurusan dalam islam

Comments