PENGURUSAN DALAM ISLAM



DUA 2022





PRINSIP ASAS PENGURUSAN ISLAM




AHLI KUMPULAN




NAMA
NO PENDAFTARAN

SITI NABILAH BINTI KAZALI
25DSK17F1033
SITI NUR ATIQAH BINTI CHUMALI
25DSK17F1001
NUR AIN NATASHA BINTI MOHD PUAD
25DSK17F1003
NUR NADIA NABILA BINTI MUHAMAD NAZRI
25DSK17F1005






PENGENALAN

Pengurusan Islam merupakan satu proses penting bagi mengendalikan manusia, organisasi dan matlamat pengurusan Islam yang hendak dicapai berlandaskan al-Quran dan hadis. Penugurusan dalam Islam ini merangkumi peranan tauhid sebagai asas pengurusan. Pendekatan Islam sebagai satu cara hidup yang menyeluruh dan bersepadu dalam melaksanakan pengurusan Islam merupakan unsur penyerahan diri manusia sebagai khalifah di muka bumi yang tunduk dan patuh kepada perintah Allah SWT. Affendi Hassan berpendapat bahawa pengurusan islam ialah satu penggembelengan tenaga dan sumber, melalui perancangan, arahan dan kawalan dalam sesebuah organisasimengikut prinsip dan nilai yang ditetapkan dalam islam.  




OBJEKTIF PENGURUSAN ISLAM

1. Objekttif sesebuah organisasi merupakan gagasan umum yang melambangkan matlamat yang hendak dicapai.

2. Dengn adanya objektif yang jelas, dengan segala sumber yang ada serta segala usaha dapat dijalankan.

3. Melalui objektif juga, perancangan dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin.

4. Objektif juga membolehkan pengukuran dapat dilakukan dengan sebaik mungkin terhadap pencapaian AL-Musawah.




OBJEKTIF PRINSIP PENGURUSAN ISLAM



1. MENJAGA KESELAMATAN AGAMA

Matlamat syariah yang pertama dan yang pentig dalam kehidupan seorang muslim.     
Agama menjadi pemisah kualiti sebenarseorang muslim dan berkaitan rapat dengan 
       soal akidah.
   

2.  MENJAGA KESELAMATAN JIWA(NYAWA)

· Menjaga dan memelihara jiwa(nyawa) serta tubuh badan manusia.



3.  MENJAGA KESELAMATAN AKAL

· Akal dan pemikiraan perlu dijaga kerana ia merupakan anugerh Allah yang lain
· Keistimewaan yang membezakan manusia bebanding makhluk lain.



4.  MENJAGA KESELAMATAN MARUAH

· Memelihara maruah dan keturunan manusia merupakan salah satu matlamat syariah



5.  MENJAGA KESELAMATAN HARTA

· Menjaga keselamatan hata dan pemilkan merupakan salah satu tujuan atau maqasid syariah atau
  maqasid al-syariah



PRINSIP-PRINSIP ASAS PENGUUSAN DALAM ISLAM



AL-UBUDIYYAH

Ubudiyyah secara umumnya memberi makna ibadah manakala secara khususnya dapat difahami dengan etrti pengabdian kepada Allah SWT . Inilah yang merupkan sebab mengapa Allah SWT menciptakan manusia dan jin.




 




KONSEP UBUDIYYAH

1. Allah tidak meredhai hambaNya yang bersikap menjauhi kemewahan dunia dengan mengurung dirinya di dalam rumah-rumah ibadat dan masjid semata-mata untuk tujuan beribadat sedangkan manusia boleh melakukan ibadatnya di mana sahaja.
2. Hubungan manusia dengan Allah adalah berasaskan satu perjanjian atau kesanggupan yang azali. Manusia telah mengakui ketuhanan (ubudiah) Allah serta menyatakan kesanggupan untuk mengabdikan diri semata-mata kepadaNya.




PERKARA PENTING BERKAITAN DENGAN UBUDIYYAH DAN HUBUNGANNYA


1.  Matlamat atau hala tuju organisasi perlu seiring dengan konsep pengabdian diri kepada Allah.

2. Cara, kaedah atau kegiatan yang dilaksanakan untuk mencapai matlamat organisasi juga perlu seiring dengan konsep ubudiyyah kepada Allah. Ini menjadikan cara untuk untuk mencapai matlamat tersebut mengambil kira nilai dan prinsip islam.

3. Budaya yang wujud dan subur di dalam organisasi perlu didokong oleh semangat pengabdian diri kepada Allah .


KESAN YANG POSITIF KEPADA PEMBENTUKAN WATAK WARGA ORGANISASI SERTA BUDAYA ORGANISASI YANG DIWUJUDKAN:


1.  Warga organisasi akan berusaha untuk menjadikan setiap kegiatan dalam organisasi sebagai satu ibadah dengan menjaga adab dan syarat-syaratnya

2. Budaya yang wujud dalam organisasi menjadi sesuatu yang positif sejajar dengan nilai dan prinsipagama. Ini akan menyumbang ke arah pengurusan dan mengurangkan pelbagai bentuk perkara yang negatif .

3.  Budaya yang wujud dalam organisasi menjadi sesuatu yang positif sejajar dengan nilai dan prinsipagama. Ini akan menyumbang ke arah pengurusan dan mengurangkan pelbagai bentuk perkara yang negatif.




AL SYURA

 

1.  Mengimplementasikan Amalan Syura

· Islam menjadikan amalan syura sebagai suatu pendekatan yang perlu diterapkan dalam segala bidang kehidupan.
· Proses syura yang dijalankan akan memberi peluang kepada yang terlibat untuk mengemukakan pandangan secara bebas dan pada masa yang sama menghargai pandangan pihak lain. Akhienya keputusan yang terbaik akan dapat dicapai melalui penyertaan pelbagai pihak.

2.   Kepentigan Al Syura
· Syura akan memantapkan keputusan yang dibuat hasil daripada perbincangan yang lebih matang dan mendalam.
· Syura juga akan dapat mengelakkan kekeliruan dan ketidakfahaman kerana ia dibincangkan dengan teliti dan melibatkan jumlah ahli majlis yang ramai.
· Melalui syura , kesalahan yang besar dapat dielakkan kerana keputusan yang dibuat telah diputuskan secara ramai.
· Amalan syura menjadikan keputusan yang dibuat menjadi lebih baik berdasarkan logik akal ,keputusan yang dibuat mengikut pandangan ramai lebih baik daripada                                pandangan seorang .


 3.  Peranan Majlis Syura
· Menggubal peraturan-peraturan organisasi .
· Menjalankan setiap aktiviti organisasi yang difikirkan berfaedah mengikut                                  syariah .
· Meluluskan program-program kewangan  

 



AL-HURRIYAH


1. Al-hurriyah atau kebebasan menjadi salah satu prinsip pengurusan islam.
2.Islam menentang sebarang bentuk penghambaan tanpa pengalasan kecuali penghambaan terhadap Allah.

3. Islam menjamin kebebasan manusia :

1. Kebebasan beragama, atau mengamalkan agama dan fahaman yang dianuti
2. Kebebasan bersuara.
3. Kebebasan untuk menuntut ilmu.
4. Kebebasan memiliki dan mencari harta.
5. Kebebasan berfikir 
6. Kebebasan bergerak.

 Kebebasan dalam dijamin bagi setiap individu :

       1. Ia tidak menganggu kepentingan orang lain, atau kepentingan awam. Hal ini kerana dalam
    islam, apabila bertembung antara kepentingan peribadi dengan kepentingan umum, 
    kepentingan umum itu hendaklah didahulukan .

2. Tidak menganggu kepentingan organisasi. Ini membawa maksud kepentingan organisasi
    hendaklah diutamakan berbanding dengan kepentingan dan kebebasan diri.


AL-MUSAWAH

1.  AL-Musawah atau persamaan adalah di antara prinsip pengurusan di dalam islam.

2. Persamaan ini berkaitan dengan hakikat bahawa manusia adalah berasal daripada keturunan yang        satu iaitu berasal daripada Nabi Adam a.s .

3. Yang membezakan setiap manusia itu dengan manusa yang lain ialah amalan, tanggungjawab dan         ketakwaan.


PELAKSANAAN MUSAWAH ATAU PERSAMAAN DI DALAM ORGANISASI

1.  Semua warga organisasi harus diterima sama rata , terutama dari sudut peraturan dan undang-             undang.

2. Warga organisasi hendaklah dilayan dan dihormati dari sudut kemanusiaan, kerana setiap manusia      mempunyai maruah dan kecenderungan serta cita rasa yang tersendiri.

3. Pembahagian tugas hendaklah mengambil kira aspek kemanusiaan dan persamaan.



AL-ADALAH (KEADILAN)

Dari segi bahasa        : Meletakkan sesuatu pada tempatnya.

Dari segi istilah         :  Meletakan sesuatu itu pada tempatnya berdasarkan kepada ketentuan 
                                    akidah syariah dan akhlak serta bersumberkan Al-Quran dan As-Sunnah.

Menurut Al-Maward :  Jelas kejujuran. memelihara diri dari melakukan dosa atau bersubahat  
                                    dengannya, menjauhi yang haram, bercakap benar.

KEADILAN BOLEH DILAKSANAKAN DI DALAM PERKARA SEPERTI BERIKUT :-

1. Membuat sesuatu keputusan
2. Keadilan terhadap Allah SWT.
3. Timbangan dan ukuran
4. Pengurusan harta

BENTUK BENTUK KEADILAN

Keadilan dalam bentuk bersamaan

  • Seperti mendapat bonus tahunan , hak bercuti dan sebagainya.


Keadilan dalam bentuk berbeza
  • Setiap pekerja berhak untuk diberikan gaji oleh majikan mereka tetapi terdapat perbezaan dalam jumlah gaji yang diberikan oleh majikan berdasarkan kelulusan yang diperolehi dan tugas yang diberikan .


 Keadilan dalam bentuk hak istimewa

  • Hak istimewa yang diberikan kepada individu yang tertentu berdasarkan sumbangannya kepada organisasi.


PENUTUP


KESIMPULAN 

Kesimpulannya, kita telah membincangkan tentang pandangan semesta Islam tentang Allah, manusia, alam, ilmu dan nilai. Islam bukanlah satu ajaran yang utopia iaitu sesuatu yang tidak mampu dicapai dan dilakukan oleh manusia. Sebaliknya, ajaran Islam merupakan ajaran wahyu yang mudah dan realistik untuk semua manusia di semua tempat pada semua masa .Selain itu, Islam juga mempunyai pandangan yang tersendiri terhadap kehidupan di muka bumi termasuk kepentingan ilmu dan sistem nilai.Sebab itulah konsep pengurusan dan pentadbiran sentiasa bercampur aduk antara satu sama lain dan tiada garis pemisah yang jelas. Teori pengurusan dan pentadbiran telah bercambah seperti cendawan tumbuh. Namun demikian, teori yang dikemukakan dari perspektif etika lebih matang dan unggul.



RUJUKAN/SUMBER

1. Buku teks pengurusan dalam islam siri politeknik
2. http://amalsyumiratika.blogspot.my
3. cintajannah.blogspot.com/



Comments