DUA2022 – PENGURUSAN DALAM ISLAM
PUAN SURAINI BINTI RIPIN
E-FOLIO
KESETIAAN SESEORANG PEKERJA KEPADA ORGANISASI
KESETIAAN SESEORANG PEKERJA KEPADA ORGANISASI
NAMA AHLI KUMPULAN :
1. NUR ATIQAH BINTI MAT SOBRI (25DSK17F1046)
2. NOR FAZLEEN BINTI MOHD FADZIL (25DSK17F1045)
3. NUR SABRINA ASYIQIN BINTI ROSLI (25DSK17F1044)
4. NUR HAZIRAH BINTI SOLIKAN (25DSK17F1037)
·
OBJEKTIF
KAJIAN
Untuk mengkaji
tentang cara-cara pengurusan dalam sesuatu organisasi mengikut hukum dan
syariat Islam. Selain itu, kajian ini juga dilakukan untuk menilai dan
membezakan cara pengurusan dalam Islam dan juga barat. Oleh itu,kami sekumpulan
telah berpakat untuk mengkaji dan menyelidik tentang cara dan tatatertib dalam
organisasi pekerjaan.
·
CIRI-CIRI
ORGANISASI DALAM ISLAM
-
Mempunyai matlamat yang jelas.
-
Memperjuang islam secara menyeluruh.
-
Bersedia menghadapi pelbagai ibtila’ (ujian).
-
Sasaran amalan tepat iaitu membuat kebaikan dan
mencegah kemungkaran.
-
Kewujudan berterusan iaitu kerja yang sentiasa
terus-menerus dan tidak dihapuskan.
-
Tidak menjadi kesalahan jika kerja yang
dilakukan ia bercampur diantara lelaki dan perempuan , Cuma batas-batas
pergaulannya haruslah dijaga.
·
5 PERKARA
AL-DHARURRIYAT
-
Penjagaan islam terhadap agama (din)
-
Penjagaan islam terhadap jiwa (hifzun nafsi)
-
Penjagaan islam terhadap akal
-
Penjagaan islam terhadap harta
-
Penjagaan islam terhadap nasab (keturunan)
·
PRINSIP
ASAS PENGURUSAN DALAM ISLAM
Antara prinsip-prinsip asas pengurusan
dalam Islam ialah:
Pengurusan islam merupakan proses penting
bagi mengendalikan manusia, organisasi dan matlamat pengurusan islam yang
hendak dicapai berlandaskan Al-quran dan hadis. Pengurusan islam merangkumi
peranan tauhid sebagai asas pengurusan. Pendekatan islam sebagai satu cara
hidup yang menyeluruh dan bersepadu dalam melaksanakan pengurusan islam ia
merupakan unsur penyerahan diri manusia sebagai khalifah di muka bumi yang
tunduk dan patuh kepada kepada perintah Allah s.w.t. AffendI Hassan berpendapat bahawa pengurusan
islam ialah satu penggembelengan tenaga dan sumber, melalui perancangan, arahan
dan kawalan dalam sesebuah organisasimengikut prinsip dan nilai yang ditetapkan
dalam islam.
·
PRINSIP
OPERASI DALAM PENGURUSAN MENGIKUT KACAMATA ISLAM
Mempunyai matlamat yang jelas.
Sasaran amal yang tepat iaitu membuat kebaikan
dan mencegah kemungkaran.
Memperjuangkan Islam secara menyeluruh.
Bersedia menghadapi pelbagi ibtila’ (ujian).
·
HIDUP
CARA BERORGANISASI DALAM ISLAM
v
Misi manusia adalah untuk membuat kebaikan
sesame manusia.
v
Ia adalah sunatullah sejak azali lagi.
v
Manusia yang berperanan sebagai khalifah adalah
untuk menjayakan konsep “hablumminannas”.
v
Fitrah manusia itu sendiri berhajat kepada
berkumpulan.
v
Misi terbesar untuk mendirikan kerajaan Islam
sedunia.
·
KETAATAN
KEPADA ORGANISASI
-
Prinsip utama ketaatan ialah selagi arahan atau
perintah daripada pengurus tersebut tidak bercanggah dengan islam, maka menjadi
kewajipan pekerja mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh majikannya. Terdapat
factor yang mesti diambil kira bagi menjadi arahan sebagai sesuatu yang mesti
diterima. Antaranya ialah, arahan tersebut mestilah berada dalam bidang tugas,
tugas yang diarahkan oleh majikan terdapat dalam deskripsi kerja dan kerja
tersebut boleh dilakukan mengikut keupayaan mental dan fizikal pekerja.
-
Keataatan dalam organisasi melibatkan segala
bentuk arahan keorganisasian. Elemen ini amat penting untuk melicinkan
perjalanan organisasi dan melibatkan arahan tidak bercanggah dengan hokum dan
nilai-nilai yang ditentukan oleh syarak. Ketaatan kepada pemimpin ini dapat
diambil daripada firman Allah SWT yang bermaksud:
“kewajipan kamu adalah mendengar dan taat sesuatu perintah sama ada dalam
keadaan susah atau senang atau dalam keadaan perkara yang kurang disukai atau
sesuatu yang mendahulukan kepentingan kamu.” (Hadis Riwayat Muslim)
·
KEPENTINGAN
PRINSIP KETAATAN DALAM SEBUAH ORGANISASI
1. Kesetiaan Kepada Organisasi
Seorang pengurus mesti setia kepada organisasi,
ia tidak boleh:
-
Mengambil tindakan yang boleh menimbulkan risiko
yang besar kepada organisasinya
-
Membuat keputusan yang mungkin membawa kepada
kerugian syarikatnya.
-
Membelakangkan kepentingan organisasinya demi
kepentingan organisasinya yang lain seperti memberi maklumat rahsia
organisasinya kepada pesaing yang lain.
-
Pekerja dengan dua organisasi yang berbeza dalam
satu-satu masa tertentu.
·
KONSEP
BEROGANISASI
-
Hendaklah ahli-ahlinya memahami dengan jelas
islam sebagai satu cara hidup. Bukan memahami islam dalam bentuk-bentuk
tertentu seperti ekonominya sahaja, Pendidikan daripada islam. Kemudian dengan
kefahaman yang benar terhadap islam, maka ia perlu menjadikan matlamat
organisasi yang didoronginya ke arah islam.
-
Mempunyai pembahagian tugas dalam melaksanakan
sebarang bentuk program. Ia penting agar semua ahli dapat memberi sumbangan
dalam menjayakannya dan tidak timbul masalah.
-
Mempunyai sikap bantu-membantu antara satu sama
lain.
-
Tidak mempunyai penyakit-penyakit hati seperti
riya’, bangga, sombong, pentingkan diri sendiri, dengki dan menjatuhkan orang
lain.
-
Mempunyai ukhuwah yang mantap di kalangan ahli.
-
Selalu berbincang apabila timbul sebarang
masalah.
-
Berkorban masa, tenaga, buah fikiran, harta dan
sebagainya untuk membantu organisasi.
·
KONSEP
GANJARAN EKSTRENSIK DAN INSTRINSIL DALAM ORGANISASI
Instrinsik
– Ganjaran penghargaan seperti surat pujian atau sijil pekerja cemerlang.
Ekstrensik
– Ganjaran kewangan seperti upah dan bonus.
·
KESIMPULAN
Berdasarkan kajian yang dibuat kami
mendapati bahawa kita wajib untuk mentaati para pemimpin kita, hal ini
diwajibkan kerana taat kepada pemimpin merupakan cerminan dari ketaatan kita
kepada Nabi Muhammad SAW dan kepada Allah SWT . Sebagai manusia kita hendaklah
sentiasa mengamalkan prinsip kesetiaan kepada organisasi dan kepatuhan kepada
disiplin untuk membentuk masyarakat bertamadun. Kita juga mestilah taat kepada
sebuah organisasi bagi mencapai matlamat serta mampu merealisasikan matlamat
sesebuah syarikat. Sesebuah organisasi perlu mementingkan sifat mahmudah dalam
menjalankan tugas, seperti jujur, amanah, bertanggungjawab dan berdisiplin
dalam melaksanakan pekerjaan yang diberi oleh pengurus.
·
VIDEO
·
RUJUKAN
Comments
Post a Comment