JABATAN:
JABATAN PERDAGANGAN
NAMA PENSYARAH:
TAJUK:
ETIKA PENJAWAT AWAM DARI PERSPEKTIF ISLAM
NAMA:
AMIRUL SYAHMI BIN KAMARUDIN (25DSK16F1033)
NAZZUALINA BINTI ZULKARNAIN (25DSK17F1019)
NURSYAMINA AINA BINTI JALAL (25DSK17F1018)
SITI ZULEHA BINTI ISMAIL(25DSK17F1014)
ISI KANDUNGAN
No.
|
Tajuk
|
Muka Surat
|
1
|
Pengenalan
| |
2
|
Pendahuluan
| |
3
|
Pemilihan Tajuk
| |
4
|
Bentuk Kajian
| |
5
|
Objektif Kajian
| |
6
|
Etika Penjawat Awam
A) Sikap Positif
B) Sikap Negatif
| |
7
|
Perbandingan
| |
8
|
Statistik Penjawat Awam di Malaysia 2017
| |
9
|
Laporan
| |
10
|
Cabaran
| |
11
|
Cadangan
| |
12
|
Kesimpulan
| |
13
|
Rujukan
| |
14
|
Lampiran
|
PENGENALAN
Salam sejahtera. Bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah rahmatnya dapat kami menyelesaikan tugasan ini dengan penuh jayanya. Kami menjulang sepenuhnya penghargaan kepada Ustazah Suraini Binti Ripin di atas kesudian beliau dalam memberi tugasan ini kepada kami. Beliau juga banyak membantu kami sepanjang proses pembentukan tugasan ini berlaku.
Selain itu, tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa kami yang memberi sokongan dan dorongan sepanjang penghasilan tugasan ini. Seterusnya, kami juga berterima kasih kepada kerana sudi ditemu bual oleh kami dan banyak membantu kami serta memberi penjelasan yang sangat berguna.
Di samping itu, setinggi penghargaan juga diberikan kepada setiap ahli kumpulan yang memberi kerjasama dan mengorbankan masa untuk menyiapkan tugasan yang telah diberi.
Akhir kata, kami juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi
membantu kami secara langsung ataupun tidak langsung sepanjang proses melaksanakan tugasan ini.
Pelbagai ilmu yang dapat kami terokai sepanjang kami menyiapkan tugasan ini di samping sikap
kerjasama yang ditunjukkan oleh rakan-rakan ternyata membuahkan hasil yang baik. Tanpa bantuan
dari semua pihak, tugasan ini tidak mungkin kami dapat menyiapkan dengan sempurnanya.
PENDAHULUAN
Menurut Kamus Dewan Bahasa etika didefinisikan sebagai prinsip moral atau nilai-nilai akhlak yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan manusia, perubata nilai dan haris panduan yang harus dipatuhi oleh para doktor dalam mengamalkan ilmu perubatan masing-masing. Beretika mempunyaietika atau berpegang pada etika.
Etika merupakan satu perkara yang penting dalam penntadbiran organisasi. Kecemerlangan dan kemajuan organisasi terletak kepada warga kerja yang berada di dalam sesebuah organisasi dengan kesedaran mereka terhadap etika serta sahsiah yang baik. Nilai-nilai murni tersebut adalah perlu bagi mengelakkan daripada berlakunya kejadian atau gejala buruk serta kemunduran dalam pentadbiran seperti pecah amanah, rasuah, penyelewengan harta, penipuan, kelembapan pentadbiran, kelemahan produktiviti dalam perkhidmatan dan sebagainya. Organisasi yang beretika adalah organisasi yang mempunyai nilai-nilai dan etika yang kukuh, menghidupkan etika-etika tersebut serta mengamalkannya samaada didalam ataupun apabila berhubung dengan organisasi luar yang berkepentingan.
Sejarah telah membuktikan dengan etika yang tinggi sesebuah bangsa itu dapat berdiri dengan teguh. Tetapi apabila perkara ini dipandang ringan, kestabilan organisasi akan tergugat seterusnya mampu untuk meruntuhkan organisasi malah negara. Hal ini terjadi semasa zaman pemerintahan kerajaan Bani Umaiyyah di mana kejatuhan pentadbirannya disebabkan oleh para pemimpin yang memegang amanah tidak mempunyai integriti, menggunakan harta kekayaan negara untuk kepentingan diri sendiri, serta pentingkan semangat assabiyyah dalam kalangan masyarakat dan dalam pemerintahan negara.
Kejatuhan kerajaan-kerajaan tersebut menunjukkan betapa pentingnya penerapan etika kerja Islam yang berkesan dalam pentadbiran organisasi. Tanpa pelaksanaan yang sebaiknya sesebuah organisasi akan jatuh dan tidak mampu untuk berkembang dengan stabil seterusnya mengakibatkan keruguian kepada institusi tersebut.
PEMILIHAN TAJUK
Pemilihan tajuk telah dibuat pada minggu pertama. Kami telah diberikan tajuk “Etika Penjawat Awam dari Perspektif Islam” oleh pensyarah kami Ustazah Suraini Binti Ripin. Kami akan membincangkan dengan lebih mendalam tentang tajuk yang telah diberikan.
BENTUK KAJIAN
Bagi menjalankan kajian ini, kami telah melaksanakan dengan beberapa kaedah kajian:
1. Rujukan
Kami telah membuat beberapa rujukan di internet dengan melayari internet beberapa laman web bagi mengumpul maklumat tentang “Etika Penjawat Awam dari Perspektif Islam".
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif adalah penting dalam sesuatu kajian. Olehh itu, kami telah meletakkan beberapa objektif agar kajian ini mencapai maksud dan matlamat yang dikehendaki serta menghasilakan suatu kajian yang boleh mendatangkan manfaat kepada mereka. Antara objektif yang ingin dicapai dalam kajian ini ialah:
1. Menerangkan konsep etika kerja menurut perspektif islam.
2. Mengkaji strategi pelaksanaan etika kerja islam yang dilaksanakan oleh mereka di syarikat tersebut.
3. Mengenalpati faktor-faktor yang mempengaruhi pelaksanaan etika kerja islam di syarikat tersebut.
4. Mengenalpasti faedah-faedah pelaksanaan etika kerja islam di syarikat tersebut.
5. Mengkaji cabaran dalam melaksanakan amalan etika kerja islam di syarikat tersebut.
ETIKA PENAJAWAT AWAM
A) SIKAP POSITIF:
1) Adil dalam perlantikan
2) Amanah dalam menjalankan tugas
3) Bertanggungjawab
4) Ikhlas
5) Dedikasi
6) Tekun
7) Berdisiplin
8) Bekerjasama
9) Berbudi mulia
10) Bersyukur
2) Amanah dalam menjalankan tugas
3) Bertanggungjawab
4) Ikhlas
5) Dedikasi
6) Tekun
7) Berdisiplin
8) Bekerjasama
9) Berbudi mulia
10) Bersyukur
B) SIKAP NEGATIF:
1) Rasuah
2) Penyelewengan
3) Komunis
4) Subversif
5) Pelampau
PERBANDINGAN
ETIKA KERJA BARAT Masyarakat Barat telah lama melihat etika sebagai sesuatu yang penting dalam pengurusan organisasi dan pekerjaan. Teori etika ini di bawa oleh Max Weber (1864) dan diperkembangkan mengikut keadaan semasa. Teori ini lebih dikenali sebagai Protestan Work Ethic (PWE) kerana dipengaruhi oleh fahaman dirinya yang menolak ajaran kristian ortodoks dan menerima ajaran Protestan serta melihat dengan penilaian secara rasional. Weber turut berpendapat nilai-nilai keagamaan yang universal seperti kejujuran turut membantu dalam membentuk etika yang baik dalam sesebuah masyarakat.
.
.
STATISTIK PENJAWAT AWAM DI MALAYSIA 2017
Kadar penyertaan tenaga buruh 67.7%
Kadar penyertaan tenaga buruh pada Januari 2017 adalah 67.7 peratus, naik 0.1 mata peratus berbanding bulan sebelumnya. Perbandingan tahun ke tahun menunjukkan kadar penyertaan tenaga buruh pada Januari 2017 sama seperti dicatatkan pada Januari 2016.
LAPORAN
Minggu pertama
Pada minggu pertama, pesyarah kursus kami menyatakan bahawa terdapat kerja kumpulan yang perlu dilakukan oleh kelas kami. Kami membahagikan kumpulan dimana satu kumpulan mempunyai empat orang ahli. Kumpulan kami diberi tugasan e-folio yang bertajuk “Etika Penjawat Awam Dari Perspektif Islam yang diberikan oleh pensyarah kursus kami iaitu, Puan Suraini Bt Ripin. Selepas kami mendapat tugasan, kumpulan kami berkumpul untuk membincangkan tentang tajuk kami dan membahagikan kerja dengan sama rata.
Minggu kedua
Pada minggu kedua, kami diberi tugasan untuk mencari maklumat tentang tajuk yang telah dibahagikan oleh ketua kumpulan kami. Kami mencari maklumat menggunakan pelbagai sumber seperti internet, majalah, buku, surat khabar dan lain-lain lagi. Kami diberi tugasan untuk mencari maklumat selama satu minggu. Kami sebagai satu kumpulan bertungkus lumus mencari maklumat-maklumat penting untuk di isikan kedalam e-folio kami.
Minggu ketiga
Pada minggu ketiga, kami berkumpul sekali lagi dan memberikan isi-isi penting kepada semua ahli kumpulan untuk melihat isi-isi penting yang terbaik. Pada hasil carian kami terdapat juga isi-isi penting yang berguna. Selepas itu, kami berjumpa dengan pensyarah kursus kami untuk memberikan pendapat tentang hasil carian kami. Pensyarah kursus kami memberikan komen yang positif dan negatif terhadap hasil carian kami. Kami memulakan e-folio kami dengan membuat laporan dan video. Laporan dilakukan adalah untuk menunjukkan hasil gerak kerja kami sepanjang minggu. Selang dua hari kemudian, kami berjumpa dengan pensyarah kursus kami dan menunjukkan hasil kerja kumpulan kami. Keesokkannya, kami bercadang untuk menemubual orang awam dan kami telah menemubual seorang pegawai ajensi pelancongan di syarikat tersebut dan kami telah menyoalkan pelbagai berkaitan dengan tajuk e-folio kami.
Minggu keempat
Pada minggu keempat, hasil kerja kami semakin hari semakin baik. Kami telah berjaya menyiapkan kerja e-folio kami. Kami telah membuat penilaian akhir bersama pensyarah kami dan mendapat komen yang positif dan kami telah menyiapkan e-folio kami mengikut masa yang telah ditetapkan.
CABARAN
Cabaran yang dihadapi semasa melakukan tugasan ini ialah kekangan masa yang dihadapi oleh setiap ahli kumpulan. Hal ini demikian kerana kami kesuntukan masa untuk mencari maklumat dan menyiapkan tugasan ini dengan segera. Selain itu, ahli kumpulan tidak mempunyai rehat yang cukup. Hal ini demikian kerana mereka terpaksa bekerja keras untuk menyiapkan tugasan ini dengan sebaik mungkin. Mereka mengorbankan masa lapang mereka demi menyiapkan tugasan ini.
Cabaran yang seterusnya ialah idea atau pendapat yang bercanggah antara ahli. Hal ini demikian kerana mereka berasa bahawa pendapat atau idea mereka lebih berguna berbanding dengan ahli yang lain. Oleh sebab itu, berlaku sedikit kelewatan untuk menyiapkan tugasan ini.
Cabaran lain pula ialah cabaran mempunyai ahli kumpulan yang tidak mahu memberi kerjasama dengan baik. Kesukaran menegur ahli kumpulan lain juga amat dirasai kerana mahu menjaga hati rakan sekumpulan dan tidak mahu bergaduh.
Cabaran yang terakhir ialah banyak kekangan kami lalui untuk menyiapkan tugasan ini antaranya kelajuan talian internet, masa untuk berbincang dengan rakan sekumpulan dan tugasan yang bertimpa-timpa dari matapelajaran lain. Tambahan pula, virus dari pendrive luar masih menjadi musuh dalam menyiapkan tugasan dengan sebaiknya.
CADANGAN
Cadangan yang perlu dilakukan untuk mengatasi cabaran yang telah dihadapi ialah membuat jadual harian. Bagi mengatasi masalah kekangan masa yang dihadapi oleh ahli kumpulan, kami perlu membuat jadual agar masa terluang dapat digunakan dengan lebih teratur. Jadual tersebut dapat dibahagikan masa untuk melaksanakan tugasan, menyiapkan kerja bagi mata pelajaran lain serta masa untuk berehat dan melakukan aktiviti riadah.
Seterusnya bagi mengatasi cabaran tentang perselisihan pendapat dalam kalangan ahli kumpulan adalah dengan memberi peluang kepada setiap ahli kumpulan untuk menyuarakan pendapat atau idea masing-masing. Bagi mengelakkan perbalahan setiap ahli kumpulan perlu berbincang tentang pendapat-pendapat yang telah diberikan oleh setiap ahli kumpulan untuk memilih pendapat yang lebih sesuai dan munasabah. Undian bagi pemilihan pendapat juga perlu dilakukan sesama ahli kumpulan bagi memuaskan hati setiap ahli kumpulan.
Akhir sekali, seorang ketua kumpulan mestilah dilantik bagi memastikan semua ahli kumpulan menjalankan tugasan masing-masing dengan baik. Ketua kumpulan tersebut perlulah memiliki sifat kepimpinan yang adil, berani dan tegas. Dengan wujudnya ketua kumpulan ini tugasan dapat dibahagikan secara sama rata agar tidak timbul konflik pilih kasih. Ketua yang tegas juga amat penting untuk memastikan ahli kumpulan menyiapkan tugasan pada waktu yang ditetapkan sifat keberanian yang tinggi juga perlu ada dalam diri seseorang ketua. Hal ini kerana dapat menegur ahli kumpulan yang melakukan kesalahan seperti tidak membuat tugasan diberi dan tidak serius dalam melaksanakan tugasan.
KESIMPULAN
Kesimpulannya Islam amat mementingkan aspek material dan kerohanian dalam pengurusan. Matlamat Islam ialah mencari keredhaan Allah S.W.T selain daripada memenuhi tuntutan majikan, manakala barat mementingkan kejayaan hanya di dunia berbanding akhirat . Oleh itu, Islam telah menggariskan elemen-elemen asas yang perlu dilaksanakan dalam sistem pengurusan untuk mencapai segala sasaran dan objektif dalam sesebuah organisasi.
Islam juga menunjukkan sifat-sifat istimewa yang ada dalam pengrusan. Pengurusan yang sistematik adalah sangat penting dalam kehidupan kita seharian kerana kita pasti inginkan yang terbaik sesuai dengan fitrah manusia yang ingin hidup dalam keadaan sempurna. Dengan adanya pengurusan bersistematik hidup akan sentiasa berdisiplin dan berpedoman.
Akhir sekali, matlamat dalam pengurusan Islam adalah untuk mecapai keredhaan Allah S.W.T sebagaimana yang kita maklum, sistem pengurusan Islam adalah lengkap dan sistematik di mana ia berpandukan kepada Al-quran dan As-sunnah. Prinsip pengurusan islam adalah jelas penyusunan, dan perancangan pengurusan yang teratur, pengawasan yang menyeluruh dan terperinci, dan motivasi yang mempunyai asas kukuh untuk mendapat keredhaan Allah SWT dan tidak semata-mata kebendaan dan keduniaan.
RUJUKAN
-http://gdnippm.blogspot.my/2009/09/nilai-dan-etika-penjawa t-awam.html.
-https://www.slideshare.net/norainjaafar/nilai-dan-etika-dalam-perkhidmatan- awam- 38605358
-http://studentsrepo.um.edu.my/5014/4/BAB_2_KONSEP_ETIKA_KERJA.pdf
-http://www.utusan.com.my/berita/nasional/bilangan-penjawat-awam-kekal-1-6-juta- 1.446263
-https://www.dosm.gov.my/v1/index.php? column/pdfPrev&id=eWtpbEQ3OFNvYXJIYUZ2N3dsTWg0dz09
LAMPIRAN
Comments
Post a Comment