DIPLOMA SAINS KESETIAUSAHAAN
POLITEKNIK MERSING JOHOR
APA ITU SAINS KESETIAUSAHAAN ???
Sains Kesetiausahaan adalah merupakan salah satu kos yang ditawarkan di Politeknik Mersing di bawah Jabatan Perdagangan
Diploma Sains Kesetiausahaan membangunkan keupayaan pelajar untuk menghasil dan menguruskan dokumen pejabat dengan sewajarnya, mencipta pembentangan atau cadangan, mengurus teknologi maklumat, menganjurkan acara dan pada masa yang sama menggambarkan personaliti yang menyenangkan. Program ini akan melengkapkan pelajar dengan pengetahuan professional setiausaha dan membantu pelajar menjadi pekerja separuh profesional di sector swasta dan awam. Oleh itu, program ini telah direka dengan kemahiran yang tidak ternilai untuk mempersiapkan para pelajar menghadapi persekitaran kerja yang mencabar. Ia merangkumi pelbagai bidang pengetahuan dan kemahiran seperti Kemahiran Menaip Pantas, Pemprosesan Dokumen, Shorthand, Trengkas, Pentadbiran Pejabat, Perisian Aplikasi Pejabat, Pembangunan Keperibadian, Pengurusan Acara dan Perakaunan Perniagaan. Program Sains Kesetiausahaa nmelengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kebolehan yang diperlukan untuk membantu dalam pelbagai kerja pentadbiran dalam mana-mana organisasi atau industri.
PROSPEK KERJAYA
• Setiausaha
• Pembantu Peribadi
• Eksekutif Pentadbiran
• Koordinator Acara
• Eksekutif Sumber Manusia
• Eksekutif Perhubungan Awam
• Usahawan
SYARAT KEMASUKAN (LEPASAN SPM)
- Warganegara Malaysia
- Memiliki SPM atau setaraf
- Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
- Mendapat TIGA (3) kepujian dalam mata pelajaran berikut:
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- SATU(1) matapelajaran lain yang belum diambilkira kepujiannya
- Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), ketidakupayaan pendengaran (pekak), ketidakupayaan pertuturan (bisu) atau ketidakupayaan fizikal (tangan, lumpuh, lain - lain) yang menyukarkan kerja-kerja amali
SYARAT KEMASUKAN (SELAIN LULUSAN SPM)
- Warganegara Malaysia
- Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
- Lulus Bahasa Melayu
- Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
- Mendapat sekurang-kurangnya SATU(1) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran
- Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), ketidakupayaan pendengaran (pekak), ketidakupayaan pertuturan (bisu) atau ketidakupayaan fizikal (tangan, lumpuh, lain - lain) yang menyukarkan kerja-kerja amali
- Lulus pengajian peringkat Sijil yang diiktiraf MQA / Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang yang berkaitan
1 | Sijil Politeknik Tahap 3, KKM |
Sijil Pemasaran | |
Sijil Pemprosesan Data | |
Sijil Pengajian Perniagaan | |
Sijil Penyimpanan Kira | |
2 | Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 |
CHIEF LEGAL CLERK (M-053-3) | |
EXECUTIVE CORPORATE SECRETARY (M-052-3) | |
Penyeliaan Pengurusan Pejabat (FB-024-3:2012) | |
Setiausaha Korporat Eksekutif (FB-025-3:2012) LULUSAN APEL
PORTAL PENGAMBILAN PELAJARAN POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI ⮝⮝⮝⮝⮝⮝⮝ Untuk mengetahui maklumat yang lebih lanjut ataupun menghubungi pegawai yang terlibat boleh tekan link di atas. BERIKUT MERUPAKAN CARA UNTUK MEMOHON PERMOHONAN MENYAMBUNG PEMBELAJARAN DI POLITEKNIK DAN UNIVERSITI AWAM MELALUI UPU PERKONGSIAN |
Sepanjang belajar di Politeknik Mersing saya telah mendapat Anugerah Ketua Jabatan (AKJ) sebanyak 5 kali bermula semester 2 sehinggalah semester 6 di mana semester 6 ialah semester untuk menjalani Latihan Industri. Setiap semester kami mempelajari pelbagai ilmu baharu yang dapat dipraktikkan semasa dan selepas habis belajar.
Saya telah berjaya bergraduasi dengan CGPA sebanyak 3.56. Walaupun tidaklah cemerlang seperti yang sepatutnya tetapi saya bersyukur kerana dapat menghabiskan diploma saya tepat pada waktunya. Saya menerima keputusan ini dengan hati yang terbuka kerana keputusan kita mencerminkan usaha yang telah kita curahkan. mungkin usaha saya tidak mencukupi jadi saya bersyukur dan akan berusaha lagi di masa akan datang.
TIPS-TIPS
![👨🎓](https://static.xx.fbcdn.net/images/emoji.php/v9/tb2/1/16/1f468_200d_1f393.png)
#1: Cari tempat belajar yang sesuai.
![🏠](https://static.xx.fbcdn.net/images/emoji.php/v9/tf6/1/16/1f3e0.png)
Carilah tempat yang bersih dan selesa. Bebas dari tv, komputer atau telefon.
#2: Sediakan semua bahan yang diperlukan untuk belajar.
![📚](https://static.xx.fbcdn.net/images/emoji.php/v9/t49/1/16/1f4da.png)
Pen, buku, pemadam, kalkulator dll.
#3: Cari teman belajar
![🙌](https://static.xx.fbcdn.net/images/emoji.php/v9/tfd/1/16/1f64c.png)
Jangan pilih teman baik yang suka berborak, nanti habis masa sebab berborak sahaja. Rugi!
#4: Pilih snek sesuai
![🍎](https://static.xx.fbcdn.net/images/emoji.php/v9/t3c/1/16/1f34e.png)
Buah-buahan dan air kosong adalah bagus untuk kekal cerdas
#5: Take 5
![👋](https://static.xx.fbcdn.net/images/emoji.php/v9/tfa/1/16/1f44b.png)
Selepas belajar 45 minit, ambil masa 10 minit untuk berehat dan buat perkara lain
#6: Rasakan Bahang Motivasi
![💪](https://static.xx.fbcdn.net/images/emoji.php/v9/t6c/1/16/1f4aa.png)
Cabar diri anda untuk capai sesuatu untuk peperiksaan,
#7: Duduk dan Belajar
![📖](https://static.xx.fbcdn.net/images/emoji.php/v9/t9e/1/16/1f4d6.png)
Cara belajar yang berkesan boleh jimatkan masa. Study Smart lebih baik dari Study Hard.
⮝⮝⮝⮝⮝⮝⮝
Untuk mengetahui maklumat yang lebih lanjut ataupun menghubungi pegawai yang terlibat boleh tekan link di atas.
Comments
Post a Comment